Dmitri Payet: “Buat Kepala Itu Kepakaran Saya, Ia Benda Kecil”

Di kala penyokong West Ham sudah melupakan Payet dan menjulang wira baru mereka Javier Hernandez, pemain Perancis itu memercikan api persengketaan sekali lagi.

Payet telah menceritakan semula kisah beliau yang sengaja buat kepala untuk memastikan West Ham menjual beliau kepada So Foot.

Payet cemerlang pada musim pertama dengan West Ham di bawah Slaven Bilic. Beliau dibeli oleh West Ham selepas disenarai jual oleh Marseille.

Payet kemudian menjadi antara perancang terbaik di Eropah. Beliau menjadi pemain utama skuad Euro 2016 Perancis. Setiap sentuhan beliau seperti menukarkan telur kepada emas.

Payet dikaitkan dengan Real Madrid. Tetapi pemain itu menolak untuk ke Bernabeu kerana mahu membalas jasa West Ham. Beliau menandatangani kontrak baru. Maka terus bergemalah lagu ‘We Got Payet’ mengiringi berita itu.

Namun segalanya berubah pada musim lalu apabila pemain itu tiba-tiba tiada hati untuk berjuang membantu Bilic dan West Ham yang bergelut dengan prestasi.

Bilic bagaikan telur di hujung tanduk kerana prestasi merudum West Ham. Payet tiba-tiba menghantar isyarat kepada Marseille yang beliau mahu kembali ke sana. Marseille ketika itu baru mengumumkan pertukaran pemilik.

Payet bercerita kepada So Foot:

“Bilic seperti ayah kepada saya. Kami bercakap setiap hari. Dia cepat memahami cara saya bekerja. Anda boleh lihat betapa cepatnya saya menyesuaikan diri ketika itu.”

“Dia seorang yang panas juga. Dia dari Croatia, dia suka meninggikan suara. Tetapi dia seorang pengurus yang sangat baik.”

Ditanya sama ada Payet mulai memberontak kerana Bilic mulai mengkritik beliau secara terbuka di hadapan wartawan. Payet menjawab:

“Saya adalah manusia yang pakar dalam bab buat kepala (menjadi d***head). Itu benda kecil. Apabila saya nak buat hal dengan semua orang, saya akan lakukannya.”

“Pengurus saya kenal perangai saya. Apabila mereka meluat dengan saya, mereka datang berjumpa saya. Susah nak dengar saya merengek. Kepada yang kenal saya, mereka fahamlah perangai saya, biasanya semua akan menjadi baik di akhirnya.”

Payet telah memencilakn diri daripada rakan beliau. Dia duduk berseorangan dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Sehinggakan ramai pemain West Ham mulai sakit hati dengan sikap beliau.

Payet mengakui dia mulai kecewa dengan prestasi West Ham pada musim lalu. Beliau berkata:

“Saya mulai merasakan saya berada di kelab yang salah. West Ham gagal mengekalkan prestasi seperti musim 2015/16.”

“Saya meninggalkan Marseille dalam keadaan saya tidak berpuas hati. Ketika Euro 2016, bermain di stadium Marseille membuatkan saya rasa mahu kembali ke sana.”

yet

“Saya pernah bertekad ketika saya meninggalkan Marseille. Saya tetap mahu kembali ke sana suatu hari nanti. Meninggalkan Marseille tidak pernah ada dalam perancangan saya.”

“Tiada sesiapa yang mempengaruhi apa sahaja yang saya buat. Saya hanya mahu keluar daripada kelab yang saya sudah hilang rasa ‘cinta’.”

“Saya boleh sahaja katakan itu ketika saya mahu keluar daripada West Ham.”

“Namun untuk kelab yang saya sayangi seperti Marseille, saya tidak pernah terfikir sekali akan hal seperti itu.”

“Saya mahu keluar daripada West Ham kerana banyak sebab. Namun alasan utama saya tetap kerana bola sepak. Objektif West Ham telah berubah berbanding dengan musim sebelumnya. Saya berpendapat ia akan memudaratkan karier saya di peringkat antarabangsa. Saya ada pilihan!”

Payet menegaskan dia disenangi oleh penyokong Marseille kerana sikap berterus terang beliau. Namun, jika penyokong Marseille di tempat penyokong West Ham, bagaimana pula?

Kami tertanya-tanya, apa akan jadi jika Payet buat begini dalam pasukan Antonio Conte.

Sumber

Sportwitness – http://sportwitness.co.uk/i-know-dckhead-payet-opens-forced-west-ham-exit/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN