Sir Alex Ferguson Biarkan Cristiano Ronaldo Disepak Rakan Sepasukan Ketika Di Manchester United

Cristiano Ronaldo

Nama Cristiano Ronaldo tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kancah bola sepak dunia. Kehebatan dan pencapaian hebat yang dilakarkan pemain dari Portugal yang beraksi bersama Real Madrid itu sudah berada dalam lipatan sejarah bersama legenda bola sepak yang lain.

Tiada jalan singkat bagi setiap kejayaan yang dikecapi beliau dan pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson antara individu yang berjaya menghidu bakat dan juga kelebihan serta kelemahan dimiliki pemain berusia 32 tahun ini.

Sir Alex telah membawa masuk Ronaldo ke Old Trafford dari Sporting Lisbon ketika pemain itu berusia 18 tahun dan meninggalkan Manchester United 6 tahun kemudian untuk ke Real Madrid, seterusnya berjaya menjadi pemain terbaik dunia ketika ini.

Bekas jurulatih penjaga gol United, Tony Coton telah mendedahkan satu perkara menarik yang dirancang oleh Sir Alex terhadap Cristiano Ronaldo dalam buku tulisan terbarunya “There To Be Shot At.”

Rancangan yang dilakukan adalah dengan membiarkan pemain yang lebih berpengalaman seperti ketua pasukan, Roy Keane dan Rio Ferdinand serta rakan sepasukan yang lain untuk melakukan kekasaran dan terjahan terhadap Ronaldo ketika sesi latihan.

Cristiano Ronaldo
Ronaldo dapat pengajaran berguna ketika di United. Kredit foto: Squawka

Semua ini dirancang untuk ‘menguatkan’ mental dan fizikal Ronaldo yang disifatkan Sir Alex sebagai seorang pemain yang mempunyai kecenderungan untuk sengaja menjatuhkan diri ketika dibentes oleh pemain lawan pada awal kariernya bersama United.

“Apabila tendangan percuma tidak diberikan, dia akan menggunakan bahasa tubuh yang menunjukkan kemarahannya dan duduk di atas padang ketika perlawanan masih berjalan akibat ‘lakonannya’ yang tidak mendapat belas ihsan dari pengadil.”

Barisan kejurulatihan pasukan ketika itu juga digalakkan oleh Sir Alex Ferguson untuk tidak menghiraukan serta ‘membutakan mata’ sekiranya melihat Cristiano Ronaldo disepak ataupun dikasari dalam perlawanan ujian mahupun perlawanan di padang bersaiz kecil,” jelas Coton memberitahu Daily Mail.

”Perlawanan menjadi sengit dan tiada tindakan yang diambil atas apa yang terjadi kepada beliau.”

Lama-kelamaan apa yang dihadapi Ronaldo berjaya meresap ke dalam jiwanya dan dijadikan kesedaran oleh beliau ketika beraksi.

Setelah apa yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson terhadap Cristiano Ronaldo ketika itu berjaya menjadikan beliau sebagai seorang pemain yang baik dan kini segala kesakitan yang dilalui Ronaldo ketika berada di United dibayar dengan hasil yang begitu lumayan.

 

Sumber :

The Sun UK (2017) – https://www.thesun.co.uk/sport/football/4387135/sir-alex-ferguson-let-manchester-united-stars-kick-cristiano-ronaldo-in-training-to-toughen-him-up-reveals-ex-coach/

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN