Stuart Dallas: Kuasa Penyokong Jadi Kunci Peluang Leeds United Kembali Ke EPL

Stuart Dallas

Pemain sayap Leeds United, Stuart Dallas beranggapan penyokong ‘yang menakjubkan’  di Elland Road dapat membantu usaha kelab tersebut untuk kembali membuat penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah 14 tahun menunggu.

Stuart Dallas baru sahaja menandatangani  kontrak lanjutan selama 3 tahun sehari sebelum jendela perpindahan ditutup untuk kekal bersama Leeds bagi membantu kelab tersebut untuk mencapai cita-cita bagi melayakkan mereka ke Liga Perdana Inggeris.

Leeds United kemudiannya turut menguatkan lagi skuad mereka dengan mendapatkan 2 pemain baru sehari kemudian apabila mendapatkan khidmat penyerang Hamburg, Pierre-Michel Lasogga secara pinjaman selama semusim selepas pemain sayap, Pawel Cibicki telah menyertai kelab dengan perjanjian empat tahun dari Malmo.

Leeds telah merekrut 16 pemain baru musim panas ini dan Dallas berkata pasukannya diberikan lebih banyak motivasi oleh peminat setia yang akan kembali ke Elland Road dalam perlawanan liga seterusnya selepas rehat perlawanan antarabangsa.

Burton Albion akan bertandang ke Elland Road pada Sabtu nanti bagi perlawanan ke-6 buat kedua-dua pasukan.

Stuart Dallas
Dallas sifatkan penyokong Leeds luar biasa . Kredit foto: Gettyimages

“Para peminat disini adalah luar biasa dan mereka akan memenuhi Elland Road,tiket akan kehabisan pada setiap perlawanan,” kata Dallas.

”Ketika kami penat dan berada di penghujung perlawanan, anda akan mendengar penyokong terus mendorong para pemain. Ianya sangat bermakna dan dari sudut pandang sebagai pemain, kami perlu ‘membayarnya’ kepada mereka.”

“Mereka mengeluarkan wang mereka untuk pergi menonton perlawanan yang tidak murah harganya dan kami amat berterima kasih kepada peminat Leeds.”

Kontrak Dallas bersama Leeds sudah memasuki tahun terakhir dan pemain antarabangsa Ireland Utara itu menarik minat Norwich City untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun pemain berusia 26 tahun itu mahu terus kekal bersama Leeds hingga tahun 2020.

Kali terakhir Leeds United beraksi di EPL adalah pada musim 2003-04 yang ketika itu dibimbing oleh Peter Reid dan digantikan dengan Eddie Gray.

Selepas diturunkan pangkat ke liga Championship (kini dikenali sebagai EFL Championship), Leeds tidak lagi berupaya untuk kembali naik ke liga utama England itu.

Sumber :

Squawka (2017) – http://www.squawka.com/news/leeds-fan-power-the-key-to-promotion-stuart-dallas/987348#6PU0Ro0bJsgyQG0B.97

Yorkshire Evening Post (2017) http://www.yorkshireeveningpost.co.uk/sport/football/leeds-united/leeds-united-s-fan-power-key-to-promotion-chances-says-stuart-dallas-1-8734765

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN