Everton Sambar Nikola Vlasic Dari Hajduk Split Dengan Kontrak 5 Tahun

Nikola Vlasic

Everton yang begitu aktif pada jendela perpindahan musim panas ini terus bernafsu untuk mendapatkan pemain baru bagi terus memperkasakan pasukan. Kali ini giliran penyerang muda dari Hajduk Split, Nikola Vlasic disambar Ronald Koeman.

Vlasic, 19, menyertai Toffees dengan perjanjian bernilai kira-kira £ 10 juta dengan kontrak 5 tahun selepas aksi yang ditampilkan beliau berjaya mengejutkan Ronald Koeman dan pengarah bola sepak, Steve Walsh semasa perlawanan kelayakan Liga Europa Everton menentang Hajduk.

Penyerang serba boleh ini mampu beraksi di bahagian sayap atau di belakang penyerang dan telah melakukan debut antarabangsanya bersama Croatia.

Vlasic juga dilabelkan sebagai salah seorang bintang muda yang mempunyai masa depan yang cerah. Beberapa pengamal media disana turut membuat perbandingan beliau dengan rakan senegara yang merupakan pemain Real Madrid, Luka Modric.

Nikola Vlasic
Vlasic begitu teruja dapat bersama Everton. Kredit foto: Mail Online

“Saya sangat teruja dengan peluang untuk bermain untuk kelab besar ini,” katanya kepada laman web rasmi Everton. “Liga Perdana adalah liga terbaik di dunia dan Everton adalah salah satu daripada kelab utama di England. Ini merupakan penghormatan besar bagi saya untuk berada di sini.

“Apabila saya mendengar bahawa Everton berminat untuk mendapatkan khidmat saya, saya memang mahu datang ke sini (Everton). Apabila ada yang menghubungi pengurus atau bapa saya, saya memberitahu mereka yang saya hanya mahu datang ke Everton.

“Cita-cita kelab adalah untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah dan saya mahu membantu kelab untuk mencapai matlamat ini. Saya percaya pada diri saya sendiri dan kelab, saya fikir kami boleh melakukan perkara-perkara hebat bersama.”

“Apabila ada seorang pengurus seperti Ronald Koeman yang mahukan anda, anda tidak perlu bercakap tentangnya lagi, saya mahu datang ke sini kerana pengurus, kerana pemain yang mempunyai nama besar dan juga kerana reputasi kelab ini. Ini merupakan peluang terbaik seumur hidup saya.”

Everton yang begitu pantas bagi melengkapkan perpindahan Vlasic akan memberikan jersi bernombor 27 kepada pemain tersebut.

Vlasic berjaya menarik minat Ronald Koeman pada awal bulan ini dan pengendali berpengalaman dari Belanda itu mengatakan kelabnya telah menandatangani ‘salah satu bakat muda besar di Eropah’.

Koeman menambah: ‘Nikola Vlasic adalah salah seorang pemain yang dapat memainkan peranan penting buat masa depan Everton dan juga apa yang ingin kami capai di Goodison Park.’

 

Sumber :

International Business Times (2017) – http://www.ibtimes.co.uk/opportunity-lifetime-everton-complete-10m-signing-nikola-vlasic-1637492

Mail Online (2017) – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4841770/Everton-sign-Nikola-Vlasic-Hadjuk-Split-8m-deal.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN