Presiden Kehormat Manchester United, Martin Edwards mendedahkan bahawa kelab itu pernah mengimpikan untuk membawa masuk pengendali Arsenal, Arsene Wenger bagi menggantikan Sir Alex Ferguson.
Sir Alex Ferguson turut berusaha untuk mencari pengganti beliau yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan Old Trafford.
Martin Edwards yang ketika itu merupakan pengerusi kelab menyifatkan Wenger adalah pilihan pertama beliau untuk menggantikan Sir Alex dan pernah beberapa kali bertemu dengan pengurus Arsenal itu.
“Saya harus mengatakan bahawa keputusan Sir Alex Ferguson sebagai kejutan buat kelab kami dan juga kepada kita semua,” kata Edwards kepada majalah GQ
Sir Alex pada mulanya memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan pada penghujung musim 2001/02.
Walaubagaimanapun beliau telah membuat keputusan ‘u-turn’ terhadap pendirian tersebut dan akhirnya meninggalkan peranannya selepas 27 tahun gemilang bersama Manchester United pada tahun 2013.
“Apabila kami menyedari bahawa beliau sangat serius untuk meninggalkan pasukan, terdapat banyak perbincangan di peringkat lembaga pengarah mengenai pengganti yang sesuai buat kelab ketika itu.
“Pilihan pertama kami adalah Arsene Wenger. Sejak menyertai Arsenal pada tahun 1996, Wenger sangat berjaya, terutama pada musim penuh pertamanya pada tahun 1997-98 ketika Arsenal memenangi 2 kejuaraan ( Liga Perdana Inggeris dan Piala FA).
“Dan walaupun benar untuk mengatakan bahawa dia telah mengalami kesulitan sejak itu, pada masa itu saya fikir dia adalah calon terbaik untuk menggantikan Alex. Tentunya dia pilihan saya.”
Edwards percaya Wenger menunjukkan sedikit minat untuk melakukan penghijrahan kontroversi ke Manchester United, tetapi memilih untuk kekal di London sebagai bukti kesetiaannya kepada naib pengerusi Arsenal, David Dein.
“Wenger menunjukkan sedikit minat apabila bertemu dengan Peter Kenyon dan saya di rumahnya di London untuk mendengar apa yang ingin kami katakan,” katanya.
“Malah, kami turut mengadakan beberapa pertemuan dengannya dan untuk sementara waktu kami berfikir bahawa ada kemungkinan beliau untuk menyertai kami.
“Tetapi saya fikir Wenger begitu setia terhadap David Dein. Beliau sangat rapat dengan David dan itulah sebabnya beliau memberikan alasan kepada kami untuk menolak dari menyertai United.
“Wenger merasakan bahawa beliau telah memulakan sesuatu dengan Arsenal dan ikatannya terhadap kelab itu terlalu hebat, ternyata beliau tidak mahu memecahkan ikatan itu.”
Jodoh Wenger bersama Arsenal masih bertahan selama 21 tahun walaupun kini desas-desus menyatakan bahawa kebanyakan penyokong Gunners mengharapkan pengendali berusia 68 tahun itu keluar dari Emirates Stadium.
Sumber :
Manchester Evening News (2017) – http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/football-news/man-utd-arsenal-ferguson-wenger-13556910