Belum Pun Memakai Jersi 85, Renato Sanches Sudah Diarahkan Menanggalkan Nombor Tersebut

Renato Sanches adalah antara perpindahan yang mengejutkan kali ini apabila beliau menyertai Swansea secara pinjaman.

Renato Sanches adalah prospek berkualiti yang menjadi pemain penting dalam membantu Portugal menjuarai Euro 2016 yang lalu. Pemain yang memiliki skil dan kreativiti ini menjadi buruan banyak kelab besar yang lain.

Renato Sanches telah meminta untuk memakai jersi nombor 85. Ia adalah nombor yang beliau pakai ketika di Benfica. Kelab sudah bersetuju dengan permintaan itu.

Namun ketika, Swansea menghantar pendaftaran pemain tersebut ke badan pengurusan EPL. Ia telah ditolak dan tidak dibenarkan.

EPL menghantar satu notis amaran meminta pemain dan kelab Swansea untuk menanggalkan nombor 85 tersebut dan memilih nombor lain.

Jika di negara seperti Portugal dan Itali, nombor besar seperti itu tiada masalah untuk digunakan. Namun di England, pihak EPL sangat tegas melarang penggunaan nombor terlalu besar.

Swansea akhirnya memberikan Renato Sanches nombor 35. Nombor yang beliau gunakan ketika di Bayern sebelum ini.

Pengurus Swansea, Paul Clement ternyata gembira dengan kehadiran pemain bintang seperti Renato Sanches. Swansea sebelum ini sudah kehilangan pemain tengah berpengaruh mereka Gylfi Sigurdsson.

Kehadiran Saches diharap dapat membantu memberikan dinamik kepada barisan tengah pasukan mereka. Sanches dijangka akan melakukan debut segera apabila EPL bersambung.

Swansea akan menentang Newcastle selepas minggu antarabangsa berakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN