FAM Tampil Beri Penjelasan, Nafi Jual Tiket Perlawanan Akhir Sukan SEA 2017

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan yang pihak mereka tidak terlibat langsung dalam penjualan tiket untuk perlawanan pingat emas Malaysia menentang Thailand.

Menerusi hebahan terkini di laman rasmi Facebook FAM, Hamidin menjelaskan FAM dan FMLLP bukanlah entiti yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan tiket untuk perlawanan acara bola sepak Sukan SEA KL2017.

Akan tetapi, pihak MASOC yang merupakan Seketeriat Kuala Lumpur 2017 dan Kementerian Belia & Sukan yang menjadi entiti yang bertanggungjawab dalam melakukan penjualan tiket tersebut kepada seluruh peminat bola sepak negara.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa semua urusan penjualan tiket bagi acara bola sepak dan futsal sepanjang temasya Sukan SEA 2017.”

“Ini termasuk bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki malam ini adalah di bawah kelolaan Sekretariat Kuala Lumpur 2017 dan Kementerian Belia & Sukan dan bukannya menerusi FAM atau FMLLP.”

Hamidin nyata kesal dengan kenyataan segelintir pihak yang tidak cakna dengan isu ini lantas menyalahkan FAM dan juga FMLLP sebagai punca masalah.

Sebagai mewakili FAM, saya berasa kesal kerana terdapat segelintir pihak yang tetap mahu menyalahkan FAM apabila berlaku kekecohan dalam hal penjualan tiket perlawanan akhir ini.”

“Sedangkan pihak kami hanya berperanan dalam urusan berkaitan teknikal perlawanan bagi acara bola sepak dan futsal sepanjang Sukan SEA 2017 ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN