Ultras Malaya: “YB & Orang Berjawatan Besar Sibuk Dengan Tiket Percuma Bila Perlawanan Akhir”

Semalam, gerakan Ultras Malaya (UM) telah mengumumkan yang mereka bakal menutup curva untuk perlawanan penentuan pingat emas Sukan SEA KL2017 diantara Malaysia dan Thailand.

Ia adalah disebabkan mereka bersolidariti untuk penyokong bola sepak negara yang bersusah payah dalam mendapatkan tiket untuk perlawanan itu dek kerana kelemahan sistem tiket.

Gambar: MalaysiaKini

Hari ini, mereka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu menerusi laman Facebook mereka.

Mereka nyata mengecam sistem penjualan tiket yang masih lagi lemah di negara kita tidak kira melibatkan pertandingan tempatan seperti Liga Malaysia atau kejohanan antarabangsa melibatkan pasukan negara.

Bagi mereka, pihak yang mempunyai kuasa dalam menentukan sistem penjualan tiket ini seharusnya bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku.

Mereka yang mempunyai kuasa untuk mengubah harus sedar bahawa perubahan terhadap sistem itu perlu kerana jika tidak ianya akan mendatangkan kerugian terhadap pasukan itu sendiri.”

UM juga menzahirkan kekecewaan mereka apabila tiba perlawanan-perlawanan besar maka akan hadir golongan tertentu yang akan meragut jumlah agihan tiket untuk diagihkan kepada orang lain.

Yang Berhormat sana sini sibuk dengan tiket percuma setiap kali separuh akhir dan akhir atau perlawanan besar.”

“Orang berjawatan berpangkat dengan mudah mendapat akses kepada tiket dan sebagainya sedangkan kita selaku penyokong diperlakukan sedemikian rupa?”

“Walhal kita adalah antara nadi kepada sukan ini. Sudah 2017 perkara ini masih berlaku, setiap kali dalam bola sepak Malaysia baik di Liga-M atau perlawanan antarabangsa.”

Mereka berharap agar pihak FAM dan FMLLP akan mengambil pengajaran dari insiden ini agar mereka dapat menguruskan hal penjualan tiket ketika aksi Liga Malaysia pada masa akan datang.

UM berharap pihak FMLLP dan FAM agar belajar dari apa yang berlaku dan bersedia untuk melakukan perubahan untuk Liga Malaysia dan perlawanan antarabangsa yang lain.”

Kami juga berharap selepas ini urusan jual beli tiket akan diperkemaskan lagi pada masa akan datang – demi keselesaan penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN