Nampaknya skuad Jose Mourinho sudah melaungkan amaran awal kepada para pencabar mereka. Semalam Manchester United menang 2-0 ke atas Leicester di Old Trafford.
Ini membolehkan United mengutip 9 mata penuh daripada 3 perlawanan pembukaan. Mereka turut menjaringkan 10 gol dan tanpa bolos.
8 daripada 10 gol United musim ini hadir pada separuh masa kedua. Lebih menarik lagi, 6 daripada gol mereka adalah dilakukan pada minit ke-80 dan ke atas. 6 penjaring gol yang berbeza setakat ini.
Ini adalah kali pertama sejak 2005/06, Manchester United memulakan 3 perlawanan tanpa dibolosi.
Walaupun menang, ini ternyata bukan perlawanan yang mudah untuk United. Leicester berjaya bertahan dengan baik dan menghampakan United sepanjang perlawanan ini.
Jose Mourinho sendiri mengakui pihak lawan mereka bermain dengan teratur di dalam perlawanan ini.
Lukaku gagal menyudahkan penalti pada minit ke-54. Leicester berjaya melancarkan serangan ke dalam kotak penalti United. Namun aksi cemerlang Phil Jones, beberapa kali menyelamatkan mereka.
Phil Jones game by numbers vs. Leicester:
96% pass accuracy
6 clearances
2 aerial duels won
2 tackles
1 clean sheet
0 fouls committed pic.twitter.com/ee20PdxHnF— Squawka (@Squawka) August 26, 2017
United terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 untuk melihat gol pertama menerusi pemain simpanan Marcus Rashford.
Sekali lagi pemain simpanan memberikan impak positif kepada Manchester United apabila Fellaini menjaringkan gol kedua.
Berikut adalah keputusan penuh aksi EPL yang berlangsung semalam.