Girona Bakal Menjadi Kelab Ke-6 Milik Sheikh Mansour (City Football Group)

Syarikat pemilik Manchester City iaitu City Football Group hampir pasti akan memiliki kelab Sepanyol, Girona.

Pemilikan 50% saham kelab tersebut dijangka akan dicapai pada musim hadapan bersama-sama dengan Media Base yang dimiliki oleh abang Pep Guardiola iaitu Pere Guardiola.

Baki selebihnya saham kelab tersebut akan dimiliki oleh Persatuan Penyokong Girona.

Girona beraksi di La Liga buat pertama kali musim ini selepas berjaya memenangi promosi musim lalu. Mereka seri 2-2 dengan Atletico dalam perlawanan pertama.

Buat masa ini, City sudah menyalurkan beberapa pemain mereka ke Girona. Mereka meminjamkan 5 pemain ke sana iaitu
Pablo Maffeo, Aleix García, Douglas Luiz, Marlos Moreno dan Larry Kayode.

Dalam pra musim yang lalu Girona berjaya menewaskan City 1-0.

Jika semuanya selesai kelak, Girona akan menjadi kelab yang ke-6 yang berada dalam subsidiarai CFG sejak dimiliki oleh Sheikh Mansour pada 2008.

Selain Manchester City, 5 kelab lain adalah New York City FC (MLS), Melbourne City FC (A-League), Yokohama F. Marinos (Liga J) dan Atlético Torque di Uruguay.

NAC Breda juga di dalam perancangan untuk dijadikan salah sebuah kelab di bawah naungan CGF dalam tempoh 5 tahun lagi.

2 tahun yang lalu, CFG cuba membeli kelab di China. Kini CFG menjalinkan kerjasama strategik dengan CMC (konsortium di China) dengan menerima nilai pelaburan £256 juta. Ianya adalah 13% daripada sahan CFG.

Sheikh Mansour sangat aktif untuk meluaskan lagi empayar bola sepak beliau. Mana tahu suatu hari nanti beliau akan membeli sebuah kelab di Asia Tenggara pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN