Majukan Akademi Adalah Jawapan Untuk Bayern Elak Beli ‘Neymar’

Pengendali Bayern Munich yang juga bekas pengurus PSG, Carlo Ancelotti gembira dengan perasmian akademi baru kelab tersebut yang bernilai €70 juta pada Isnin lalu.

Akademi serba canggih ini dinamakan FC Bayern Campus.

Beliau percaya, ia adalah jawapan terbaik untuk membantu kelab daripada membeli pemain pada harga ‘Neymar’. PSG menandatangani Neymar dengan nilai €222 juta.

Presiden Bayern, Uli Hoeness berkata, mereka perlu memikirkan langkah untuk membantu kelab melahirkan pemain berbakat. Ini akan dapat mengurangkan kelab daripada terlalu bergantung kepada membeli pemain bintang daripada kelab lain.

Uli Hoeness juga sedar akan senario pasaran perpindahan pemain yang disisfatkan beliau sebagai ‘gila’ ditambah dengan permintaan gaji pemain yang sangat tinggi. Ancelotti menyokong kenyataan Hoeness dan berkata:

“Itu betul! Akademi adalah jawapan yang baik.”

“Sasaran utama sesebuah akademi itu adalah untuk menghasilkan pemain terbaik yang akan disalurkan kepada pasukan utama, dan melaksanannya dalam cara profesional kami sendiri.”

Ancelotti terbuka untuk membawa masuk pemain-pemain dari akademi ke dalam pasukan utama Bayern Munich. Dan beliau berharap, akan ada bakat muda akademi yang mampu menarik perhatian pasukan utama.

“Itu memang harapan saya untuk melihat bakat akademi dalam pasukan utama saya. Di Madrid, saya menerima dan membangunkan 5 pemain akademi dalam pasukan utama iaitu, Jese, Morata, Nacho, Casemiro dan mendapatkan semula Carvajal yang juga graduan akademi Madrid.”

“Saya harap kaedah ini dapat dipraktikan juga di Bayern.”

“Berdasarkan pengalaman saya, terutama sekali ketika di akademi Milan, apabila pemain menyarung jersi pasukan yang mereka sarung ketika remaja, ia satu perasaan yang sangat istimewa. Itu satu motivasi yang sangat kuat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN