Untuk beberapa hari kebelakangan ini, angin yang membawa nasib malang sering sahaja menghampiri Barcelona.
Tewas ditangan Real Madrid dalam perlawanan Supercopa De Espana, mereka turut dihantui masalah kecederaan pemain utama seperti Luis Suarez dan juga Andres Iniesta.
Selain itu, mereka juga kehilangan Neymar yang ke Paris Saint-Germain (PSG) dan kota Barcelona ditimpa serangan pengganas.
Kini, malang itu masih lagi berterusan dengan akaun rasmi Twitter mereke digodam!
Apa yang menarik adalah akaun rasmi Barcelona itu digodam dengan pihak penggodam yang menyebarkan berita palsu Barcelona sudah mendapatkan khidmat Angel Di Maria dari PSG!
Ia mencapai ribuan retweet oleh pengikut Barcelona di seluruh dunia selepas itu.
Mereka juga melancarkan tanda pagar iaitu #FCBHack dan mahu menjadikan tanda pagar itu sebagai sohor kini (trending) di Twitter.
Gejala godam itu dilakukan oleh OurMine yang merupakan sebuah syarikat keselamatan yang berpusat di Arab Saudi.
Mereka dikatakan pernah menggodam laman-laman utama seperti laman Facebook milik CNN dan juga Netflix!
Tweet yang dihasilkan mereka hilang seketika namun muncul kembali dek kerana pergelutan antara pihak penggodam dan pihak Barcelona sendiri yang mahu menyelamatkan akaun mereka itu.
Sumber:
- Goal (2017): BARCELONA TWITTER ACCOUNT HACKED AS CLUB ‘ANNOUNCE’ SIGNING OF ANGEL DI MARIA; http://www.goal.com/en/news/barcelona-twitter-account-hacked-as-club-announce-signing-of/1b9gch4h4prxc16nrrbhfwubpe