Pengurus OGC Nice, Lucien Favre nyata berang dengan aksi penyerang beliau iaitu Mario Balotelli ketika aksi perlawanan kelayakan UEFA Champions League (UCL) tempoh hari.
Pemain itu beraksi cukup teruk ketika kekalahan kelab Perancis itu ditangan Napoli dalam percubaan mereka ke peringkat kumpulan UCL.
Dalam perlawanan yang dimenangi oleh Napoli dengan jaringan 2-0 itu, Balotteli juga dikatakan telah mempersoalkan keputusan pengadil selepas Napoli menjaringkan gol pertama mereka pada perlawanan tersebut.
Kerana kecewa dengan aksi penyerang itu yang bermain teruk, Favre kemudiannya mengeluarkan pemain itu pada minit ke-77.
Favre pada mulanya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai prestasi Balotelli selepas perlawanan.
Namun begitu, beliau kemudiannya menzahirkan kekecewaan beliau terhadap pemain tersebut dengan mengatakan beliau sepatutnya memasukkan pemain itu lebih awal.
“Saya tak nak cakap mengenai prestasi beliau.”
“Apa yang boleh saya katakan adalah beliau bermain dengan sungguh teruk, dan saya patut tukarkan beliau dengan pemain lain lebih awal.”
Favre turut berkata yang beliau menerima kekalahan pasukannya dan merasakan Nice lebih layak bermain di Europa League.
“Europa League merupakan tahap dan kejohanan yang sesuai buat Nice. Pastinya ia akan menjadi sukar buat kami.”
Napoli layak ke saingan UCL selepas menewaskan Nice 4-0 menerusi agregat.
Sumber:
- ESPN (2017): Nice coach Lucien Favre slams Mario Balotelli’s ‘negative performance’; http://www.espnfc.com/nice/story/3186423/nice-coach-lucien-favre-slams-mario-balotellis-negative-performance