Nikola Kalinic Menjadi Pemain Ke-12 Yang Sertai AC Milan Musim Ini

Wow. Ramainya!

AC Milan terus dan terus membeli muka-muka baharu dalam misi untuk kembali mencabar bola sepak Itali serta mendominasi Eropah.

Terbaharu, mereka mengesahkan kedatangan penyerang Nikola Kalinic untuk menjadi pemain ke-12 yang dibeli AC Milan pada musim panas ini.

AC Milan mendapatkan Kalinic atas dasar pinjaman dari Fiorentina namun begitu mereka mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu selepas tempoh pinjaman tamat.

Kalinic dikatakan akan menandatangani kontrak sebagai pemain tetap AC Milan sehingga tahun 2021.

Pemain itu akan mengenakan jersi bernombor 7 ketika bermain di AC Milan pada musim ini.

Beliau merupakan pemain ke-12 yang menyertai AC Milan pada musim ini. Ini termasuklah beberapa nama lain seperti Lucas Biglia dan juga Leonardo Bonucci.

Berikut merupakan 12 pemain baharu AC Milan dan juga pemain yang menyertai semula kelab tersebut selepas kontrak tamat:

  • Ricardo Rodriguez
  • Andrea Conti
  • Hakan Calhanoglu
  • Fabio Borini (pinjaman)
  • Antonio Donnaruma
  • Lucas Biglia
  • Leonardo Bonnuci
  • Andre Silva
  • Franck Kessie
  • Mateo Musacchio
  • Nikola Kalinic

Sumber:

  1. AC Milan (2017): UFFICIALE: KALINIC È ROSSONERO; https://www.acmilan.com/it/news/comunicati-ufficiali/2017-08-22/ufficiale-kalinic-e-rossonero
  2. BBC Sport (2017): Nikola Kalinic: AC Milan sign striker from Fiorentina; http://www.bbc.com/sport/football/41013403

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN