Neymar dengan terbuka mengkritik lembaga pentadbiran (board) pasukan lama beliau. Ia antara sebab pemain tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke Barca dengan rekod dunia pada awal bulan ini.
Bercakap selepas kemenangan bergaya PSG 6-2 ke atas Toulouse, Neymar berkata:
“Saya menghabiskan masa selama 4 tahun yang indah di sana, dan saya gembira dengan kebanyakan perkara kecuali lembaga pentadbiran pasukan.”
“Pada pandangan peribadi saya, mereka (barisan ‘board’ Barcelona) tidak layak untuk berada di sana. Untuk hala tuju pasukan seperti Barcelona, Barca sepatutnya dipimpin oleh barisan pentadbiran yang lebih baik.”
Barcelona bergelut untuk mendapatkan pengganti Neymar. Dengan Neymar dan Dembele dilaporkan bukan untuk dijual oleh kelab masing-masing. Barcelona berjaya menandatangani Paulinho dari Guangzhou Evergrande.
Neymar enggan terlalu mengulas tentang keadaan semasa pasukan Barcelona dikritik hebat penyokong mereka sendiri kerana polisi dan cara mengendalikan perpindahan pemain pada kali ini.
“Saya tidak boleh bercakap lebih. Saya pemain pasukan lain sekarang. Saya tidak tahu apa yang berlaku di sana. Cuma saya tahu rakan-rakan lama saya di sana bersedih. Itu yang turut membuatkan saya bersedih kerana saya ramai rakan di sana.”
“Saya berharap Barca akan bangkit dan memperbaiki pasukan mereka dan kembali menjadi pasukan yang digeruni seteru mereka.”
Sumber
BBC – http://www.bbc.com/sport/football/40999146