FSR Technology Sdn Bhd, pengeluar “High Performance Engine Control Unit” TuneBoss, hari ini mengumumkan perjanjian penajaan dengan kelab bolasepak Subang City FC.
Penajaan ini menjadikan FSR Technology sebagai penaja utama pasukan tersebut bagi musim 2017/2018. Logo produk TuneBoss akan tertera di bahagian hadapan jersi pasukan.
Subang City FC, ditubuhkan pada tahun 2006, merupakan sebuah pasukan bolasepak berdaftar yang berpangkalan di Subang dan menyertai Liga Perdana FAS serta beberapa kejohanan bolasepak komuniti.
Subang City FC juga adalah salah satu kelab bolasepak komuniti yang dijemput oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin untuk bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei 2017.
“Kami komited untuk memberikan sebuah platform bagi pemain bolasepak amatur dari Subang dan kawasan sekitar untuk terlibat di dalam sebuah kelab yang mempunya pengurusan yang baik dan bertanding di peringkat paling tinggi di negeri Selangor.
“Kami amat gembira kerana pihak FSR Technology berkongsi visi yang sama dengan kelab kami dan diharapkan dengan penajaan ini pasukan kami akan mampu untuk mencipta lebih banyak kejayaan” kata pengurus pasukan Shahrul Naim Roslan.
Mohd Suffian Zamali, Ketua Pegawai Operasi FSR Technology Sdn Bhd menambah, “Kami amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan Subang City FC.Kami berharap penajaan ini dapat memberikan sumbangan kecil terhadap pembangunan bolasepak peringkat akar umbi di negara kita.”