Iniesta Sahkan Belum Lanjutkan Kontrak, Pertama Kali ‘Mempertimbangkan’ Tawaran Barca

Andres Iniesta memberitahu EL Pais yang beliau masih belum mendantangani kontrak lanjutan dengan Barcelona. Ia sekaligus menjadi tamparan hebat untuk Barcelona.

Kontrak pemain perancang 33 tahun ini dengan gergasi Sepanyol itu akan tamat pada akhir musim ini. Beliau berkata:

“Buat masa ini, saya masih belum menandatangani kontrak baru di Barcelona. Untuk pertama kalinya dalam karier, saya ada banyak perasaan pelik, tapi saya rasa ianya normal. Saya dah dapat bayangkan senario ini 3 tahun yang lalu.”

“Dipendekkan cerita, saya masih mempertimbangkan masa depan saya dengan Barcelona. Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.”

Iniesta menjadi antara perancang tengah terbaik dalam sejarah kelab Barcelona dan juga Sepanyol dengan 4 kejuaraan La Liga dan UCL.

Beliau juga ditanya oleh El Pais tentang persaingan La Liga musim ini. Iniesta menjawab:

“Madrid pasukan yang hebat dengan beberapa pemain terbaik di dunia. Tetapi saya rasa cabaran terbesar kami adalah cuba mencari apa yang kami hilang musim lalu.”

“Tewas di tangan mereka dalam Supercopa (2017) sangat menyakitkan kerana itu peluang kami untuk memenangi trof tetapi mereka sangat efektif.”

Beberapa penganalisis bola sepak di Sepanyol berpendapat, Iniesta menangguhkan kontrak beliau kerana menunggu perkembangan Coutinho.

Coutinho menjadi calon utama yang mahu dibawa Barcelona sejak musim lalu lagi untuk menngantikan Iniesta. Pemain no.10 Liverpool itu juga banyak bermain peranan no.8 seperti yang dimainkan Iniesta.

Ada juga yang menuding jari kepada pengurusan Barcelona yang ada pada hari ini sebagai antara faktor Iniesta mempertimbangkan tawaran kontrak tersebut.

Sumber

Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/football/2017/08/20/andres-iniesta-considering-future-barcelona/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN