Manchester City Berminat Untuk Tebus Klausa Perlepasan £275 Juta Lionel Messi

Lionel Messi masih belum menandatangani sebarang kontrak baru di Barcelona. Wakil Manchester City dilaporkan sudah bertemu dengan wakil dari pihak Messi untuk membawa pemain itu ke Etihad.

Messi adalah legenda hidup di Barcelona dengan menjaringkan 508 gol daripada 585 perlawanan untuk Barcelona sejak 2004.

Messi juga membantu Barcelona menjuarai 8 La Liga dan 4 UCL. Beliau dianggap sebagai pemain terbaik dalam sejarah kelab tersebut.

Beberapa hari lalu, ESPN menerbitkan temuramah dengan Timbalan Presiden Barcelona, Jordi Mestre yang mendakwa pemain tersebut masih belum menandatangani kontrak baru seperti yang diberitahu Bartomeu pada bulan lalu.

Namun Mestre memberikan jaminan 200% pemain itu akan kekal di Barcelona kerana perbincangan kontrak di antara Barca dan Messi sangat positif.

Berita ini menarik perhatian kem City yang masih mencari pemain serangan dan pertahanan. City dilaporkan sedia membayar klausa pelepasan £275 juta Lionel Messi.

Walaubagaimanapun, Lionel Messi dikenali dengan komitmen tinggi beliau kepada Barcelona. Ia bukanlah langkah mudah untuk City menarik keluar Messi dari Camp Nou.

Dalam perkembangan lain, Barcelona dikatakan mengalihkan perhatian mendapatkan Jean Michael Seri dari Nice.

Namun pengurus Nice menyatakan pemain itu tidak akan dijual kerana waktu yang sangat singkat untuk mereka mendapatkan pengganti Seri. Selain Seri, Barcelona masih bergelut untuk mendapatkan Coutinho dan juga Ousmane Dembele.

Semalam Guillem Balague dari Sky Sports menyatakan yang Barcelona memberikan tempoh kepada Liverpool sama ada menerima bidaan mereka untuk Coutinho atau tidak dan menyatakan bidaan ke-3 tempoh hari adalah yang terakhir.

Balague menjangkakan Liverpool akan menolak bidaan tersebut. Sebelum ini, Pengarah Umum Barcelona menyatakan yang perjanjian Coutinho dan Dembele semakin hampir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN