Lihat Gol Nabil Fekir (Lyon) Ketika Menentang Bordeaux – Dari Jarak 54 Meter & Dengan Kaki Lemah

Selain menyaksikan Neymar yang kini bermain di PSG, anda mungkin mempunyai satu lagi sebab mengapa perlu menyaksikan Ligue 1 pada musim ini.

Semalam Nabil Fekir, pemain tengah Olympique Lyonnais (Lyon), menjaringkan golazo pada minit 10′ dari tengah padang untuk membantu pasukannya seri 3-3 dengan Girondins de Bordeaux (Bordeaux) di Groupama Stadium.

Memintas hantaran pemain Bordeaux, Valentín Vada, pemain kebangsaan Perancis berketurunan Algeria ini melepaskan misil rembatan dari jarak 54 meter dengan kaki lemahnya (kanan) yang melepasi jangkauan Benoît Costil dan terus menuju ke bucu kiri atas pintu gol.

https://streamable.com/qmv2x

Lihat gol Fekir dari sudut alternatif:

Ia adalah gol yang sangat istimewa. Rakan sepasukan Fekir di Lyon, Memphis Depay pernah membuat gol seistimewa itu ketika menentang Toulouse pada musim 2016/2017. Tetapi gol Fekir itu tetap istimewa dengan sendirinya.

Walaupun Lyon sekadar seri 3-3, ia tetap keputusan baik untuk pasukan tuan rumah tersebut memandangkan pemain tengah mereka, Sergi Darder telah dibuang padang seawal minit 36′.

Pada satu ketika, Lyon telah pun mendahului Bordeaux 3-1 pada minit 75′ hasil jaringan Fekir, Kenny Tete dan Bertrand Traore. Tetapi 2 gol Bordeaux pada minit 88′ dan masa kecederaan menafikan Lyon 3 mata penuh.

Penyokong Lyon pula masih meratapi kehilangan 3 pemain utama mereka pada musim lepas – Maxime Gonalons, Alexandre Lacazette dan Corentin Tolisso – dan adalah penting bagi Fekir untuk bangkit menjadi pemain yang memberi inspirasi kepada pasukannya.

Kami percaya dengan gol semalam, Fekir, 24, telah pun membuktikan beliau boleh menjadi watak penting bagi Lyon pada musim ini.

Musim lepas, Fekir hanya menjaringkan 9 gol dalam Ligue 1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN