Dalam sidang media sebelum perlawanan di antara Atletico dan Girona, wartawan bertanya akan pandangan beliau tentang situasi semasa Diego Costa.
Costa menyatakan Chelsea sengaja meletakkan harga di luar kemampuan Atletico untuk memastikannya gagal merealisasikan impian kembali ke Atletico.
Costa juga mendakwa Chelsea melayannya seperti penjenayah dan mengugut tidak akan kembali ke Chelsea. Beliau hanya mahu ke Atletico.
ESPN Brazil mengaitkan Atletico berusaha keras untuk membawa pemain tersebut kembali.
Simeone berkata, beliau buat masa ini tidak begitu memikirkan soal perpindahan pemain. Lebih-lebih lagi kelab beliau masih digantung daripada mendaftarkan pemain sehingga Januari tahun hadapan.
“Saya sudah tegaskan dengan jelas sebelum ini tentan pandangan saya. Dia bukan pemain Atletico, dia pemain Chelsea.”
“Buat masa ini, satu perkara yang saya risaukan ialah perlawanan menentang Girona. Kami mahukan 3 mata daripada perlawanan itu.”
Simeone juga memberitahu yang mereka tidak terdesak untuk membeli pemain baru. Pada masa yang sama, mereka sudah menutup pintu keluar untuk pemain mereka.
“Kelab ini berusaha untuk memastikan pemain-pemain kami kekal dan setiap seorang pemain itu sangat penting bagi kami.”
“Usaha kami untuk mengekalkan pemain-pemain kami menunjukkan komitmen kami. Pemain-pemain ini akan memberikan perbezaan dalam saingan La Liga dan mereka bermain untuk pasukan kami.”