Antonio Conte nampaknya tidak dapat menahan dirinya daripada tergelak mendengar dakwaan Costa yang menuduh Chelsea melayannya seperti penjenayah.
Costa memberitahu media di Brazil bahawa Chelsea melayannya dengan kejam dan sengaja meletakkan harga yang tidak masuk akal untuk menghalang beliau menyertai Atletico.
Mendengar kenyataan wartawan itu, Conte tergelak dan berkata:
“Hebat, itu hebat, saya memilih untuk ketawa.”
“Saya nak cakap yang semua orang di Chelsea sudah tahu akan cerita di antara Chelsea dan Costa musim lalu. Luculah sidang media ini.”
“Saya ulangi, sidang media ini memang kelakar.”
Ditanya wartawan sama ada beliau akan menurunkan Costa dalam perlawanan menentang Chelsea jika pemain itu kembali. Conte menjawab:
“Siapa? (Costa?)”
“Saya tidak berminat mengulas tentang itu. Ianya kisah yang lalu.”
Diego Costa masih belum kembali ke Chelsea meskipun kelab sudah mengarahkan beliau kembali segera. Costa kini dikira ponteng tanpa sijil sakit yang sah (AWOL).
Diego Costa mengancam untuk terus kekal di Brazil jika Chelsea tidak menjual beliau ke Atletico meskipun dia tidak dibayar gaji untuk semusim sekalipun.