Beliau bukan untuk dijual.
Liverpool sekali lagi menolak bidaan dari Barcelona untuk pemain utama mereka iaitu Philippe Coutinho.
Menurut sumber di England, Liverpool telah menolak bidaan Barcelona untuk kali yang ketiga dengan jumlah yang lebih besar iaitu sebanyak £114 juta.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata menafikan laporan dari Barcelona yang mengatakan kelab tersebut sudah hampir pasti mendapatkan pemain Brazil itu.
Kenyataan itu hasil dari pengurus besar Barcelona sendiri iaitu Pep Segura yang mengatakan perpindahan Coutinho dan Ousmane Dembele ke Barcelona hampir selesai.
“Saya tak tahu apa yang mereka katakan, tetapi Coutinho akan kekal di Liverpool.”
“Saya tak tahu pasal mereka. Dan ikutkan saya tak kenal siapa Segura itu, jumpa pun tak pernah.”
Coutinho belum lagi beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool pada musim ini akibat kecederaan belakang yang dihadapinya.
Beliau terlepas perlawanan pembukaan Premier League menentang Watford dan juga perlawanan kelayakan UEFA Champions League menentang Hoffenheim.
Beliau juga dikatakan bakal terlepas perlawanan pertama Liverpool di Anfield menentang Crystal Palace minggu ini.
Sumber:
- BBC Sport (2017): Philippe Coutinho: Liverpool reject third Barcelona bid for Brazil midfielder; http://www.bbc.com/sport/football/40979106