Nampaknya, pengurus Chelsea benar-benar tidak berpuas hati.
Antonio Conte dikatakan berang selepas cubaan beliau untuk mendapatkan Alex Sandro terus menerus berakhir dengan kegagalan.
Untuk pertama kalinya, Chelsea membida pemain Juventus itu dengan nilai bidaan sebanyak €55 juta.
Ia kemudiannya ditolak dan Chelsea datang lagi dengan bidaan sebanyak €65 juta tetapi ditolak juga oleh Juventus.
Kali ini mereka hadir dengan bidaan yang lebih besar dengan bidaan sebanyak €70 juta yang disertakan dengan bonus menjadikan nilai bidaan kini menjadi €80 juta.
Malang sekali apabila bidaan tersebut turut ditolak oleh Juventus baru-baru ini. Akan tetapi tindakan itu boleh difahami kerana Juventus mengikut logiknya tidak lagi mahu kehilangan pemain pertahanan mereka.
Mereka baru-baru ini sudah pun kehilangan Dani Alves yang ke Paris Saint-Germain serta Leonardo Bonucci yang ke AC Milan.
Juventus dikatakan sedang cuba untuk memberikan kontrak baharu yang lebih baik kepada Sandro dengan laporan mengatakan pemain itu dijangka memperoleh €5 juta semusim!
Dengan jendela perpindahan tinggal beberapa minggu saja lagi, Chelsea masih lagi berharap agar perpindahan ini dapat diselesaikan dengan segera walaupun peluangnya agak tipis.
Sumber:
- Calcio Mercato (2017): Exclusive: Conte is furious as Juve turned down an 80 million Chelsea offer for their Brazilian left-back; http://www.calciomercato.com/en/news/exclusive-conte-is-furious-as-juve-turn-down-80-million-offer-fo-92916