Satu masa dahulu, bekas pemain Manchester City iaitu Craig Bellamy pernah beraksi dengan bekas bintang Brazil iaitu Robinho.
Namun bagi bekas pemain Wales itu merasakan yang bekas pemain Real Madrid itu merupakan pemain yang paling bermasalah yang pernah beliau main bersama.
Kehadiran beliau di England dari Sepanyol dengan rekod perpindahan British ketika itu memberikan harapan yang cukup tinggi untuk menyaksikan pemain itu berjaya di England.
“Ketika itu, saya amat meminati Robinho sebagai seorang manusia. Bagi saya beliau amatlah hebat sebagai pemain.”
“Tetapi beliau nyata memberikan hasil yang negatif kepada pasukan.”
Ketika itu, Manchester City baru memasuki era baharu sebagai sebuah kelab di England. Dan kehadiran Robinho ketika ini merupakan satu pelaburan besar oleh kelab.
“Kami ketika itu sangat beruntung kerana kami dapat bermain dengan Robinho. Bagi saya, pemain seperti Robinho adalah terlalu besar untuk kelab Manchester City ketika itu.”
“Namun, beliau nyata kecewakan saya.”
Apa yang dilihat oleh Bellamy adalah bagaimana pemain itu menggunakan bakat yang ada pada diri mereka.
“Adakah beliau cuba untuk menjadi pemain yang terbaik pada hari perlawanan?”
“Masalah yang dihadapi ada sikap tak profesional. Pukul berapa datang latihan, macam mana berlatih dan sejauh mana tahap serius untuk terus bermain.”
“Saya pernah jumpa ramai pemain yang lebih hebat daripada saya tetapi dalam masa yang sama mereka mengabaikan bakat yang mereka ada.”
“Ada satu masa saya nampak pemain keluar malam pada hari Selasa. Datang latihan pada hari Rabu, itu pun tak serius ketika berlatih dan pada hari Khamis mereka terima kecederaan. Dari mata seorang pemain, ianya satu perkara yang mengecewakan!”
Sumber:
- Sky Sports (2017): Craig Bellamy names Robinho as most problematic player he worked with; http://www.skysports.com/football/news/11679/10991951/craig-bellamy-names-robinho-as-most-problematic-player-he-worked-with