Everton Bakal Bina Rumah Khas Untuk Golongan Remaja Yang Gelandangan

Pasukan Everton sekali lagi membuktikan kenapa mereka digelar sebagai The People’s Club atau kelab rakyat.

Baru-baru ini, mereka telah melancarkan kempen untuk mendapatkan dana untuk membantu golongan belia yang gelandangan dengan membina rumah untuk mereka.

Dengan mewujudkan kempen ‘Home Is Where The Heart Is’, mereka pada mulanya mensasarkan untuk mengutip dana sebanyak £230 ribu untuk membolehkan projek kemanusiaan ini dijalankan.

Akan tetapi, usaha murni yang diketuai oleh skuad muda Everton itu berjaya memperoleh hasil yang lebih hebat apabila berjaya mendapatkan jumlah dana sebanyak £244 ribu!

Menurut pengurus skuad B-23 Everton iaitu David Unsworth, rumah yang bakal dibina berhampiran dengan Goodison Park itu bakal menempatkan remaja gelandangan yang berusia sekitar 16 hingga 23 tahun.

“Kami rasa sangat gembira kerana berjaya mendapatkan dana secepat mungkin bagi membolehkan projek ini berjaya.”

“Bagi saya, kejayaan menyiapkan projek ini dan membantu orang-orang di Liverpool adalah satu perkara yang cukup hebat pernah saya lakukan.”

Kejayaan Everton mendapatkan dana ini turut dibantu dengan sumbangan dari pengerusi kelab iaitu Bill Kenwright, legenda kelab Duncan Ferguson dan pemain Seamus Coleman.

Satu tindakan terpuji dari Everton!

Sumber:

  1. FourFourTwo (2017): Everton to buy house for homeless teenagers; https://www.fourfourtwo.com/news/everton-buy-house-homeless-teenagers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN