Kapten Newcastle United iaitu Jonjo Shelvey mempunyai rekod yang tidak begitu baik apabila kita bercakap mengenai masalah disiplin ketika di atas padang.
Beliau boleh dikatakan pemain yang mudah ‘mental koyak’ ketika beraksi di atas padang.
Pada musim lalu, beliau telah dibuang padang sebanyak 2 kali selepas selepas melakukan tindakan perkauman kepada pemain Wolverhampton Wanderers iaitu Romain Saiss.
Selepas itu, beliau juga dikenakan kat merah selepas menendang Henri Lansbury ketika perlawanan menentang Nottingham Forest.
Tindakan beliau itu nyata mengundang kecaman ramai pihak, dan beliau perlu bertindak untuk mengatasi perkara itu.
Shelvey dikatakan telah bertemu dengan pakar psikiatri untuk mengatasi masalah mental beliau ketika beraksi di atas padang selepas kad merah beliau menentang Nottingham Forest.
“Saya berjumpa dengan pakar pakar psikiatri selepas saya menendang pemain Nottingham Forest musim lalu. Ia adalah satu tindakan yang cukup kebudak-budakan.”
“Saya patut mula belajar untuk diam apabila diusik pihak lawan. Saya patutnya diamkan diri dan tidak terlibat dalam mana-mana pergaduhan dan jauhkan diri daripadanya.”
Shelvey mengakui yang kadang kala beliau gagal mengawal emosi beliau apabila menerima provokasi pihak lawan.
Hasilnya pada minggu lalu, beliau memijak Dele Alli. Hasilnya? Kad merah!
Sumber:
- ITV (2017): Jonjo Shelvey seeing psychiatrist ‘to curb anger issues’;’ http://www.itv.com/news/tyne-tees/2017-08-14/jonjo-shelvey-seeing-psychiatrist-to-curb-anger-issues/