Berita perpindahan Philippe Coutinho dari Liverpool ke Barcelona telah memasuki fasa baharu yang penuh dramatik sejak beberapa jam yang lalu.
Liverpool segera menafikan laporan oleh Sky Sports bahawa Philippe Coutinho telah menyerahkan permohonan berpindah secara rasmi kepada pihak pengurusan kelab Merseyside itu.
Laporan tersebut mendakwa Coutinho telah menyerahkan permohonan untuk meninggalkan Liverpool beberapa ketika selepas sidang media menjelang perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di pusat latihan Melwood milik kelab berkenaan.
Tindakan Coutinho dipercayai susulan mengetahui kenyataan daripada pemilik yang diwakili Fenway Sport Group (FSG) tentang pendirian mereka tidak mahu meneria sebarang bidaaan oleh Barcelona.
Walaupun selepas laporan dibuat oleh Sky Sports tersebut, FSG bukan sahaja menafikan, malah FSG bertegas dengan pendirian tidak akan menjual aset (pemain) paling berharga milik kelab tersebut.
I've been told it is "not true" that Phil Coutinho has handed in a transfer request#LFC
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) August 11, 2017
Ini sekaligus menafikan dakwaan Sky Sports yang turut mendakwa berlaku ketidaksefahaman di antara pemain tersebut dengan pihak kelab.
Beberapa wartawan yang dikait rapat dengan sumber dalaman kelab turut menafikan dakwaan Sky Sports.
#LFC adamant that they haven't received a transfer request from Philippe Coutinho
— James Pearce (@JamesPearceLFC) August 11, 2017
James Pearce dari Liverpool Echo’s dan Melissa Reddy dari Goal adalah antara wartawan yang memuatnaik kenyataan masing-masing melalui media sosial twitter untuk menafikan laporan oleh Sky Sports.
Setelah menafikan terlebih awal laporan Sky Sports, wartawan James Pearce kemudiannya mendedahkan Coutinho telah menghantar email kepada pihak pengurusan kelab untuk tujuan perpindahan ke Barcelona.
Sehingga artikel ini ditulis, Liverpool dipercayai masih bertegas tidak tunduk terhadap tuntutan Barcelona dan juga Coutinho.
Coutinho made the transfer request via email around 1pm today. #LFC adamant that it changes nothing and he won't be sold.
— James Pearce (@JamesPearceLFC) August 11, 2017
Berita prospek perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona bermula lebih kurang 12 bulan yang lalu. Perpindahan rekod dunia Neymar Jr. dari Barcelona ke Paris Saint-Germain memungkinkan lagi keberangkalian tersebut.
Sukar untuk mempercayai Coutinho tidak berminat dengan prospek bergabung dengan bekas rakan sepasukannya di Anfield, Luis Suarez dan juga bintang Argentina Lionel Messi.
Ini menjadikan laporan oleh Sky Sports yang dikatakan mendapat sumber dari keluarga terdekat Coutinho segera menjadi tular.
Laporan oleh Sky Sports menyebut bahawa Coutinho telah mencuba sedaya upaya termasuk menyerahkan permohonan perpindahan secara rasmi kepada pihak pengurusan untuk memungkinkan perpindahan ke Barcelona menjadi kenyataan.
Buat masa ini FSG bersependapat dengan pengurus, Juegen Klopp, tidak berminat untuk berunding dengan Barcelona mengenai perpindahan membabitkan Coutinho selepas menolak dua bidaan masing-masing dengan nilai £72 juta dan £90.4 juta dari gergasi Catalan tersebut.
Pada masa sekarang, kenyataan rasmi daripada FSG mengenai pendirian mereka untuk bertegas tidak menjual Philippe Coutinho digunapakai sebagai sumber rasmi sehingga ada perubahan yang akan diberitahu kelak oleh sumber dari kelab itu sendiri.
Sumber:
1. Ed Malyon, Independent (2017): Liverpool deny Coutinho has handed in a transfer request as Barcelona consider third bid for the Brazilian; http://www.independent.co.uk/sport/football/transfers/liverpool-coutinho-transfer-request-barcelona-third-bid-brazilian-a7887976.html
2. Melissa Reddy, Goal (2017): LIVERPOOL OWNERS VOW PHILIPPE COUTINHO WILL STAY TO KILL OFF BARCELONA’S HOPES OF A TRANSFER; http://www.goal.com/en-my/news/liverpools-owners-vow-philippe-coutinho-will-stay-to-kill/1jjg7eghchxmg1s5mgubxmef74