Datuk Ong Kim Swee Tagih Konsistensi Daripada Skuad Harimau Muda

Datuk Ong Kim Swee

Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu skuadnya terus dibuai kejayaan layak ke Kejohanan AFC B-23 bulan lalu, dan status sebagai tuan rumah juga tidak menjamin kelebihan buat skuad muda negara untuk meraih emas pada temasya Sukan SEA 2017.

“Kita tidak boleh terlampau yakin. Saya sudah mengingatkan pemain untuk tidak memandang ringan walaupun Brunei dan Laos, kerana kedua-duanya menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini,” tegas Kim Swee kepada Berita Harian.

“Kita tampil dengan harapan tinggi terutama selepas layak ke Kejohanan AFC B-23. Jika kita tidak berjaya ke separuh akhir Sukan SEA, ia menunjukkan yang kita tidak konsisten,” tambah Datuk Ong Kim Swee lagi.

Para penyokong pastinya meletakkan harapan yang tinggi dan anggapan bahawa pasukan tuan rumah mempunyai kelebihan perlu difikirkan semula. Tekanan kuat pasti akan dirasai oleh mana-mana pasukan tuan rumah dengan pingat emas sudah pasti menjadi sasaran pihak pengurusan pasukan dan para penyokong.

Indonesia vs Malaysia; Muhammad Adib Zainudin (C)(5); vs Indonesia; during 2018 AFC U-23 CHAMPIONSHIP QUALIFIERS match; Group H; on 19 July 2017; at Supachalasai National Stadium Bangkok Thailand; Photo by Mohammad Nur Ridzuan/www.asiana.my

Bagi kapten skuad B-23 kebangsaan, Adib Zainuddin, segala pujian dan imbuhan yang diterima tidak menjadikan para pemain besar kepala sebaliknya mereka kian bersemangat untuk beraksi dan beliau yakin semua pemain kini sedang fokus untuk merampas kembali pingat emas daripada Thailand.

Disamping itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ibrahim dan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas imbuhan yang telah diberikan atas kejayaan mereka tempohari. Setiap pemain menerima imbuhan sebanyak RM25,000 daripada FAM dan RM6,000 daripada Sultan Ibrahim.

“Selain imbuhan, pelbagai pujian dan sokongan yang kami terima tapi apa yang penting bagi kami sekarang adalah kami ingin teruskan kemenangan. Kami inginkan pasukan yang sangat kuat, kami tahu apabila kami berjaya, akan ada perkara positif, imbuhan atau apa saja yang akan menyusul selepas itu,” ujar pemain pertahanan tengah Felcra FC itu lagi kepada Berita Harian.

Sementara itu, bagi pemain sayap kelab JDT, Safawi Rasid dipetik berkata kepada Sinar Harian, beraksi di laman sendiri langsung tidak memberi tekanan buat dirinya, malah ia adalah satu cabaran buat para pemain untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

“Malah, saya yakin kami mampu melakukan yang terbaik untuk menang emas dan menggembirakan semua peminat bola sepak di negara ini,” katanya lagi yang sebelum ini telah dipalit kontroversi apabila gagal melaporkan diri ke kem skuad B-23 kebangsaan untuk aksi kelayakan Kejohanan AFC B-23, bulan lalu.

“Ini Sukan SEA pertama saya jadi sudah tentu saya mahu turut serta dan menang emas,” itulah nada keyakinan yang dilontarkan oleh pemain berusia 20 tahun itu.

Sumber Rujukan:

  1. Ajitpal Singh, Berita Harian (2017): Elak Terlampau Yakin Sebagai Tuan Rumah – Kim Swee; https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/08/310419/elak-terlampau-yakin-sebagai-tuan-rumah-kim-swee
  2. Sinar Harian (2017): Tak Tertekan Main Di Laman Sendiri; http://www.sinarharian.com.my/sukan/tak-tertekan-main-di-laman-sendiri-1.716971
  3. Aziman Rosdi, Berita Harian (2017): Kami Tak Besar Kepala – Adib Zainuddin; https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/08/310829/kami-tak-besar-kepala-adib-zainuddin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN