Tan Cheng Hoe: “Saya Ingin Bekerja Dengan Individu Bebas Politik Seperti TMJ”

Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe baru-baru ini telah mengeluarkan kenyaraan di Facebook mengenai bola sepak negara.

Beliau mengajak peminat bola sepak negara untuk berfikir di luar kotak dan berhenti untuk berasa bangga kejayaan sendiri.

Semua penyokong perlu berfikir di luar kotak.”

Di waktu kita berbangga dengan prestasi dan idea kita sendiri. Dunia tidak melihat kita, dunia hanya melihat JDT.”

Kenapa Cheng Hoe berkata sedemikian? Hal ini kerana baginya, JDT merupakan pasukan yang diurus dengan cara yang betul.

Ia kerana mereka melakukan perkara yang betul, dari segi pembangunan belia, pemasaran mereka, wang mereka, kemudahan mereka, perancangan jangka panjang, kolaborasi kelab luar dan kesemuanya.”

Bagi Cheng Hoe, apa yang dilakukan JDT adalah untuk 20-30 tahun akan datang dan itu akan memberikan banyak manfaat kepada mereka.

Berbeza dengan pasukan lain yang banyak melahirkan bakat, akan tetapi mereka tidak mempunyai perancangan jangka panjang seperti JDT.

Dan kerana itu juga katanya menyebabkan kebanyakan pemain dan jurulatih mahu ke pasukan dari selatan itu.

Perancangan jangka panjang yang mereka miliki adalah untuk 20-30 tahun.”

Mereka mungkin tidak membangunkan pemain seramai yang kita lahirkan, tetapi mereka masih mempunyai perancangan jangka panjang yang mereka sedang lakukan sekarang dalam semua aspek.”

Beliau juga mengatakan semasa beliau di Kedah, ramai pemain Kedah mahu untuk menyertai mereka.

Malah saya tahu semasa saya di Kedah ramai pemain Kedah juga mahu pergi ke JDT.”

Beliau juga mengatakan bola sepak dan politik tidak seiring. Jika cuba dibawa, ia akan berikan satu perkara yang tidak baik.

“Lihat saja apa yang berlaku di Selangor dan FELDA United, tiada konsistensi apabila politik terlibat sama.”

“Dan kerana itu saya mahu berkerja dengan individu yang tak terlibat dengan politik, dan orangnya adalah TMJ.”

Dan bagi Cheng Hoe, ada wang tetapi tiada visi hanyalah sia-sia.

Beliau juga menyifatkan pilihan beliau untuk menyertai FAM adalah kerana kagum dengan visi dan perancangan yang disediakan Presiden FAM dan bukan kerana wang.

Ia bukan mengenai wang. Ini kerana saya tidak mendapat banyak wang dalam FAM berbanding dengan kedah tetapi saya mahu bekerja dengan seseorang yang ada visi dan tenaga untuk laksanakan cita cita dan visi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN