Tidak Terima Sebarang Tawaran, Ross Barkley Kekal Di Everton – Ronald Koeman

Ross Barkley

Pengurus Everton, Ronald Koeman mengakui tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana pasukan untuk mendapatkan Ross Barkley.

Tottenham Hotspur dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Barkley sebelum ini telah menolak tawaran lanjutan kontrak pada musim sejuk yang lalu dan Ronald Koeman baru-baru ini juga mengesahkan bahawa pemain itu akan meninggalkan kelab tersebut.

Walaubagaimanapun, Tottenham kelihatan enggan memenuhi tuntutan harga yang diminta oleh kelab Merseyside itu yang pada asalnya menetapkan harga sebanyak £ 50 juta.

Kini, Everton telah menurunkan harga yang diminta namun harga baru tersebut masih lagi tinggi buat pasukan yang dibimbing Mauricio Pochettino itu,

Keadaan ini telah menimbulkan teka-teki berkenaan masa depan Barkley.

Satu keadaan dimana Barkley bakal berhadapan dengan kesukaran bagi menghadapi musim baru dan berkemungkinan akan lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Ross Barkley
Barkley masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Everton. Kredit foto : BBC

Kontrak Barkley hanya berbaki setahun dan sekiranya beliau tidak menandatangani kontrak baru di kelab yang disertainya sejak berusia 12 tahun ini, beliau boleh meninggalkan Everton musim depan secara percuma.

Ronald Koeman turut menegaskan Barkley masih boleh memainkan peranan dalam pasukan sekiranya tiada tawaran yang mencapai harga yang ditetapkan.

” Jika tiada pasukan yang berminat untuk mendapatkannya (Barkley), dia akan menjadi sebahagian daripada pasukan, “kata Koeman.

“Dia berlatih dengan Everton, dia adalah sebahagian daripada pasukan dan menjalani latihan dengan baik.”

 

Sumber :

101greatgoals (2017) – http://www.101greatgoals.com/news/evertons-ronald-koeman-confirms-not-received-offers-ross-barkley/

BBC Sport (2017) – Ross Barkley: Everton midfielder could stay at club, says Ronald Koeman, http://www.bbc.com/sport/football/40887797

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN