Ya anda tidak tersilap baca tajuk yang kami sediakan.
Sebuah pasukan telah berjaya menjaringkan gol tanpa perlu menyentuh bola ketika perlawanan!
Dalam aksi Piala Estonia, pasukan bernama Levadia yang berjersi hijau memperoleh gol seawal 15 saat permainan.
Ia terhasil selepas pasukan lawan yang memulakan permainan (berjersi biru) bertukar-tukar hantaran sesama rakan sepasukan di kawasan mereka.
Apabila bola dihantar ke penjaga gol, penjaga gol itu tidak dapat mengawal bola lalu ia masuk ke gawang mereka sendiri. Maka, terhasillah gol untuk pasukan lawan!
Senang betul buat gol kan? Haha!