Southampton sah menandatangani Mario Lemina dari Juventus dengan rekod perpindahan kelab bernilai £18 juta. £16 juta dibayar secara asas dan £2 juta lagi adalah bonus yang akan dibayar pada akhir musim ini
Pemain kebangsaan Gabon ini meninggalkan Juventus selepas 2 tahun bersama. Beliau memenangi Serie A dan Coppa Italia bersama Juve. Lemina juga bermain dalam final UCL menentang Real Madrid musim lalu.
Timbalan Pengerusi Southampton, Les Reed berkata:
“Mario adalah pemain berbakat luar biasa dan telah mencapai kejayaan besar dalam karier. Beliau sudah memenangi beberapa trofi dan berpengalaman bermain di peringkat tertinggi dalam bola sepak.”
“Kejayaan untuk membeli Lemina dari kelab seperti Juventus adalah kenyataan signifikan kepada pelaburan kelab ini. Ia juga menjadi rekod baru perpindahan kelab ini.”
“Mario masih ada banyak masa untuk mencapai prestasi terbaik beliau. Beliau bukan sahaja pemain yang hebat tetapi kami yakin beliau memiliki potensi yang baik di masa hadapan.”
Learn more about #SaintsFC's newest signing, as we profile @LeminaM_13: pic.twitter.com/5RBquoyVd5
— Southampton FC (@SouthamptonFC) August 8, 2017
Lemina gembira dengan cabaran baru di dalam karier beliau bersama Southampton. Beliau berkata:
“Saya sangat gembira dapat menyertai Southampton. Saya merasakan projek mereka dalam bola sepak membuatkan saya tertarik untuk dapatng ke sini.”
“Dan yang paling penting, keluarga saya antara yang sangat menyokong saya dalam membuat keputusan ini. Saya gembira berada di sini.”
Dalam perkembangan yang lain, ditanya tentang masa depan Van Dijk yang dilaporkan menghantar ‘transfer request’, Les Reed tidak menafikan yang Virgil Van Dijk dalam usaha untuk keluar daripada Southampton.
Tetapi mereka yakin akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan cara yang betul. Buat masa ini, Southampton masih belum mahu menjual Van Dijk.