Alan Ruschel Kembali Beraksi, Gerrard Deulofeu Anggap Pemain Chapecoense Hero

Alan Ruschel

Pemain kelab Chapecoense yang terselamat dari nahas kapal terbang pada tahun 2016, Alan Ruschel telah membuat penampilan pertama selepas terlibat dengan nahas tersebut merebut  The Joan Gamper Trophy menentang Barcelona di Nou Camp.

Kelab itu dijemput untuk beraksi bagi merebut trofi ini sebagai salah satu penghormatan buat tragedi yang menimpa Chapecoense dimana telah meragut nyawa 19 orang rakan sepasukan Ruschel dan 71 orang keseluruhannya.

Turut hadir sama 2 orang lagi pemain yang terselamat dari nahas tersebut iaitu Jackson Follman dan Neto.

Neto dan Follman turut memberikan sokongan buat Ruschel dan diberi penghormatan oleh para penyokong di Nou Camp.

Jackson dan Neto turut berada di padang sebelum perlawanan bermula manakala Ruschel sempat beraksi selama 35 minit.

Ketika Alan Ruschel meninggalkan padang pada babak pertama, para penyokong di Nou Camp  berdiri sambil bertepuk tangan bagi memberikan penghormatan kepada Ruschel.

Barcelona yang dalam proses untuk meneruskan perjalanan pasukan tanpa Neymar yang sudah berkelana ke Perancis membariskan barisan terkuatnya pada perlawanan ini.

Gerard Deulofeu kembali memperkuatkan barisan Barcelona selepas berpindah ke Everton pada tahun 2015 setelah Barcelona mengaktifkan klausa yang tertakluk pada kontrak beliau di Everton. 

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan satu jaringan dan turut menghasilkan 2 assists  pada perlawanan yang dimenangi Barcelona dengan keputusan 5-0 ini.

Mengulas mengenai perlawanan ini, beliau mengatakan aksi menentang lawan dari Brazil itu sangat beremosi.

“Sejujurnya pengalaman luar biasa bermain di sini (Nou Camp) dan menentang Chapecoense,” kata Deulofeu kepada wartawan selepas perlawanan.

“Ia adalah perkara yang sangat emosi, mereka patut berada di sini dan merasai hari yang indah ini, mereka adalah pahlawan (hero), jika anda berfikir tentang apa yang berlaku kepada mereka, ia membuatkan anda menangis.”

 

Sumber :

Mirror UK (2017) – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/chapecoense-survivors-standing-ovation-vs-10948621

ESPN FC (2017) – http://www.espnfc.com/futebol-brasileiro/story/3174484/barcelonas-gerard-deulofeu-calls-chapecoense-players-heroes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN