Perpindahan Neymar dari Barcelona ke Paris-Saint Germain (PSG) nyata memberikan impak kepada dunia bola sepak.
Bagi Barcelona, mereka kehilangan pemain yang menjadi teraju utama dalam gerakan serangan mereka.
Dan bagi PSG, mereka berjaya membawa masuk pemain terbaik dunia dalam usaha untuk menjadikan kelab tersebut sebagai kelab terbaik di dunia.
Urusan perpindahan Neymar ke PSG sudah pun selesai, namun bagi presiden Barcelona mendedahkan yang beliau tidak gemar dengan sikap pemain Brazil itu ketika proses perpindahan sedang dilakukan.
Josep Maria Bartomeu mengatakan Neymar kini hanyalah sejarah bagi kelab tersebut dan mereka perlu beralih dari kisahnya.
“Neymar pernah mencipta satu serangan yang cukup bahaya buat Barcelona. Namun kini, beliau cumalah sejarah kelab.”
“Itu adalah keputusan beliau, kami sudah cuba sedaya upaya untuk menghalang beliau pergi tetapi apa boleh kami lakukan.”
Bagi Bartomeu, Neymar sememangnya pemain yang hebat tetapi sikapnya tidak boleh dibanding dengan apa yang ditunjukkan oleh Lionel Messi dan juga Andres Iniesta.
“Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab, semua perkara ada hadnya dan itulah yang kami lakukan.”
“Kesetiaan yang ditunjukkan oleh Messi haruslah dijadikan contoh jika mereka mahu bermain untuk Barcelona. Begitu juga dengan Iniesta.”
Neymar pada tahun lalu telah menandatangani kontrak baharu bersama kelab dengan terdapat klausa sebanyak £200 juta.
Dengan perginya Neymar ke PSG, ia seperti perkara yang sudah dijangka oleh kelab ketika itu.
“Kami meragui yang Neymar akan pergi tinggalkan Barcelona. Oleh itu kami letakkan klausa sebanyak itu di dalam kontraknya.”
“Jika beliau kekal, maka kami berjaya simpan pemain yang hebat. Jika beliau pergi, ekonomi kelab akan stabil hasil penjualan beliau.”
Sumber:
- BBC Sport (2017): Neymar: Barcelona president criticises player over departure; http://www.bbc.com/sport/football/40850009