Semalam kami ada melaporkan yang pengurus Chelsea iaitu Antonio Conte menzahirkan rasa tidak senang dengan polisi kelab tersebut mengenai perpindahan pemain.
Bagi Conte, beliau nyata kecewa dengan budaya campurtangan pihak atasan dalam aktiviti perpindahan pemain yang berlaku di kelab tersebut.
Penganalisis Sky Sports iaitu Jamie Carragher menyifatkan dengan situasi yang nyata tidak digemari oleh Conte di Chelsea ketika ini, pastinya ia akan menjadikan tempoh pengurus itu di Stamford Bridge menjadi singkat.
“Saya akan terkejut andainya saya masih duduk di studio Sky Sports ini selama 12 bulan dan dalam tempoh yang sama Conte masih lagi menjadi pengurus Chelsea.”
“Beliau bukanlah pengurus yang gemarkan jika ada campurtangan dari pihak atasan dalam kerja beliau, terutamanya dalam hal untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi beliau.”
Bagi Carragher, Conte adalah seorang pengurus yang lantang bersuara dan jika ada perkara yang tidak kena pasti beliau akan bersuara mengenainya.
Bekas pemain Liverpool itu juga berpendapat yang kaedah yang dilakukan oleh Chelsea itu hampir sama dengan Real Madrid yang seolah-olah “tidak menghargai kerja pengurus”.
“Saya tak boleh nampak seseorang pengurus di Chelsea boleh kekal lama. Walaupun mereka adalah pengurus yang ternama tetapi Chelsea dengan mudah boleh menyingkirkan mereka.”
“Bagi saya, Chelsea mempunyai cara yang hampir yang sama dengan kelab iaitu mereka tidak menghargai tugas seorang pengurus seperti kelab lain yang lakukan.”
Sumber:
- Sky Sports (2017): Jamie Carragher on Antonio Conte: I’ll be surprised if he’s still at Chelsea in a year; http://www.skysports.com/football/news/11668/10978805/jamie-carragher-on-antonio-conte-ill-be-surprised-if-hes-still-at-chelsea-in-a-year