Sarawak Raih 3 Mata Sulung Di Kuching, Pulau Pinang Tertekan Di Dasar Liga

Perlawanan ke-19 Liga Super 2017 di antara pasukan Sarawak dan Pulau Pinang di Kuching menyaksikan 2 pasukan terbawah liga bertarung sama sendiri mencari kemenangan untuk setidak-tidaknya merapatkan mata dari zon penyingkiran.

Sarawak yang dalam momentum terbaik untuk mencatat kemenangan setelah menewaskan Selangor dalam saingan Piala Malaysia tempoh hari bermula dengan formasi 4-1-4-1 dengan Milos Raickovic bertindak sebagai lone pivot.

Manakala Mateo Roskam bertindak sebagai target man di hadapan.

Pulau Pinang yang masih segar dengan kemenangan sulung di Batu Kawan pada perlawanan liga sebelum ini bermula dengan 4-4-1-1 dengan Mark Hartmann bertindak sebagai penyerang kedua di belakang Sanna Nyassi.

Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

Separuh masa pertama berlangsung dengan agak rancak. Kedua dua pasukan saling berbalas serangan walaupun Pulau Pinang lebih mendominasi bahagian tengah menerusi Sanna Nyassi dan Mohd Azrul.

Pulau Pinang beberapa kali cuba mengasak kubu pertahanan Sarawak terutamanya menerusi tandukan Sanna Nyassi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak.

Peluang keemasan Sarawak untuk mendahului perlawanan hadir apabila hantaran 1-2 Mateo Roskam dan Abdul Rahim yang berjaya melepasi perangkap ofsaid gagal disudahkan oleh Roskam yang pada ketika itu hanya berdepan dengan penjaga gol.

Separuh masa kedua pula Sarawak sedikit melakukan tekanan di bahagian tengah dan berjaya mengawal permainan.

Akhirnya pada minit ke 50, berpunca dari sepakan percuma Milos Raickovic di luar petak penalti Pulau Pinang gagal dikeluarkan dengan kemas oleh pertahanan mengakibatkan suasana kelam kabut di depan pintu gol Pulau Pinang lantas dirembat mudah oleh Mohd Alif Hasan.

Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

Sarawak 1-0 Pulau Pinang.

Sepuluh minit kemudian menyaksikan suasana tegang berlaku apabila Mohd Azrul dilayangkan kad merah selepas menyiku Nur Shamie Iszuan.

Walaupun Zainal Abidin Hassan, jurulatih Pulau Pinang memasukkan Azidan Sharudin untuk memperkemaskan bahagian tengah, namun pasukan Sarawak masih ampuh mengawal permainan.

Sarawak berjaya menjarakkan kedudukan 2-0 pada minit ke-72 menerusi sepakan lambung kira-kira 30 meter dari luar petak penalti oleh Awang Kamaruddin menjangkaui Amirul Asyraf.

Gol itu sama sekali tidak menyentap semangat pemain Pulau Pinang. Mereka terus menerus melakukan serangan bertali arus ke atas pintu gol Sarawak sehingga tamat perlawanan namun Shahril Sha’ri dapat membaca setiap rembatan ke arahnya.

Tamat 90 minit, Sarawak menang 2-0.

Ini sekaligus memberi harapan kepada misi Sarawak untuk mengelak penyingkiran ke Liga Premier 2018 menjelang pertemuan menentang baki 3 lawan – Pahang, Kedah dan T-Team.

Kesebelasan utama pemain:

Sarawak: Shahril Sha’ri, Demerson, Rodney Calvin, Ramesh Lai (Mazwandi Zakeria), Jimmy Raymond, Milos Raickovic, Shahrol Saperi (Awang Kamaruddin), Nur Shamie, Abdul Rahim (Sahil Suhaimi), Mateo Roskam

Pulau Pinang: Amirul Asyraf, Mafry Balang, Brandon Margure, K. Rueben (Azidan), Muhammad Zulkhairy, Mohd Azrul, S. Kumaahran, Mohammed Syamer (Faiz Subri), Nigel Dabinyaba, Mark Hartmann, Sanna Nyassi

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Rahmandzukic, penyokong kuaci Sarawak FA 2017. Jika anda berminat untuk menerbitkan artikel bola sepak di Semuanya BOLA, hantar artikel anda (dalam format MS Word) ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN