Rasmi! PSG Umumkan Neymar Pemain Baru Kelab Tersebut!

Ia akhirnya disahkan secara rasmi oleh PSG menerusi saluran media sosial mereka. Kini peminat menunggu untuk Neymar diperkenalkan kepada umum sebagai pemain PSG.

Neymar menjadi subjek paling utama dalam dunia bola sepak beberapa minggu ini. Beliau membuat keputusan mengejut meninggalkan Barcelona selepas menandatangani kontrak lanjutan kurang setahun yang lalu.

PSG membayar klausa perlepasan €222 juta, sekaligus menjadikan Neymar pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia mengatasi Paul Pogba.

Harga Neymar lebih 2 kali ganda daripada harga Paul Pogba yang sebelum ini dianggap tidak masuk akal.

Beliau dijangka akan melakukan debut dalam perlawanan menentang Amien dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 untuk PSG.

Neymar berkata:

“Saya gembira menyertai PSG. Sejak saya tiba di Eropah, kelab ini menjadi antara kelab yang sangat kompetitif. Saya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran baru.”

“Mulai hari ini, saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk membantu rakan saya, membuka lembaran baru untuk kelab ini dan memberikan kegembiraan kepada berjuta peminat kelab ini.”

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi gembira dengan kejayaan mereka mendapatkan Neymar. Beliau berkata:

“Neymar antara pemain terbaik di dunia. Saya gembira dan bangga untuk mengalu-alukan kedatangan Neymar ke PSG.”

“Mentaliti menang, karakter yang kuat serta sifat kepimipinan yang tinggi menjadikan beliau pemain yang hebat.”

“Beliau akan memberikan aura positif kepada kelab ini. 6 tahun kami sudah membina kelab ini dengan projek harapan besar dan ia telah membawa kami ke satu tahap tertinggi di dalam bola sepak Eropah.”

“Hari ini, dengan tibanya Neymar Jr, saya yakin yang kami semakin hampir ke situ dengan sokongan daripada penyokong setia kami untuk merealisasikan impian terbesar kami.”

Sumber

ESPN – http://www.espnfc.com/story/3169463/paris-saint-germain-announce-signing-of-neymar-from-barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN