Pada perlawanan persahabatan menentang Sampdoria yang diadakan di Stadio Aviva, Dublin Rabu ( 2 Ogos 2017 ), pengurus Manchester United, Jose Mourinho meletakkan formasi pasukan 3-5-2. Nemanja Matic disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Sebagai pemain baru The Red Devil yang menyarung jersi 31 pasukan, Matic ditugaskan bermain diposisi tengah bersama Paul Pogba dan Andreas Pereira. Kehadiran Matic dapat membantu Pogba dan Pereira bergerak bebas ke hadapan bagi melancarkan serangan.
Pada perlawanan itu, Manchester United tidak menunggu lama untuk merobek gawang Sampdoria. Hasil dari hantaran Matteo Damian, United berjaya menjaringkan gol pada minit ke-9 melalui Henrik Mkhitaryan.
Jaringan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki separuh masa kedua, Jose Mourinho melakukan perubahan pasukan dengan mengantikan beberapa pemain termasuk membawa keluar Nemanja Matic.
Kekebalan Manchester United hanya dapat bertahan sehingga minit ke-63 selepas pemain Sampdoria, Dennis Praet melakukan sepakan terus yang berjaya menewaskan David De Gea.
Gol kemenangan Manchester United terhasil pada minit ke-81 hasil hantaran silang Anthony Martial seterusnya dimaanfatkan sebaiknya oleh Juan Mata. Jaringan itu meletakkan United di hadapan 2-1 sehingga tiupan wisel penamat.
Perlawanan persahabatan menentang Sampdoria menjadi perlawanan pramusim terakhir buat Manchester United. Pasukan Jose Mourinho ini bakal bertemua Real Madrid pada saingan Piala Super Eropah yang diadakan di Skopje pada 9 Ogos ini.
Aksi pertama Matic bersama Manchester United ketika menentang Sampdoria semalam boleh dilihat dalam video di bawah: