Paris Hos Sukan Olimpik 2024, NFDP Jadi Asas Prospek Malaysia

Sukan Olimpik dikenali sebagai satu temasya sukan terbesar di dunia. Bola sepak lelaki dan wanita turut menjadi acara yang dimasukkan di dalam temasya ini.

Sukan Olimpik seterusnya akan diadakan pada 2020 di Tokyo, Jepun. Persoalan bandaraya manakah akan menjadi hos pada Sukan Olimpik 2024 dan 2028 sudah pun terjawab beberapa hari lalu.

Uniknya, Paris menganjurkan Olimpik buat kali ketiga selepas edisi 1900 dan 1924. Manakala Los Angeles mengharungi keunikan sama. Mereka menjadi hos Olimpikpada 1932 dan 1984.

Langkah Los Angeles

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada asalnya menerima 5 cadangan bidaan bandaraya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2024. Budapest (Hungary) merupakan bandaraya terakhir yang menarik diri sebelum pertembungan satu lawan satu antara kem Los Angeles (Amerika Syarikat) menentang kem Paris (Perancis).

Rom (Itali) dan Hamburg (Jerman) juga telah mengundurkan diri dari membida Sukan Olimpik tahun itu. Namun, hanya Los Angeles sahaja yang membida Sukan Olimpik 2028 sekali sekiranya bidaan 2024 gagal.

Tindakan Los Angeles mengundurkan diri daripada bidaan 2024 itu telah mengesahkan Paris menjadi calon tunggal Sukan Olimpik 2024.

Impak kepada bola sepak

Stadium Banc of California, stadium Los Angeles FC yang bakal beraksi dalam saingan MLS. Dikatakan stadium ini akan menjadi venue acara bola sepak Olimpik 2028.

Kebanyakan negara penganjur Sukan Olimpik mempunyai fasiliti yang cukup terbaik pada mutakhir ini. Begitu juga termasuk stadium bola sepak.

Perancis dan Amerika Syarikat mempunyai kemudahan bola sepak yang agak terbaik. Malah, Amerika Syarikat juga mempunyai liga sukan profesional yang mantap. Ya, besbol dan bola sepak Amerika.

Rasanya, kita sudah boleh ramalkan negara mana akan menjadi hos Sukan Olimpik seterusnya. Cukup sekadar menilai kemudahan stadium bola sepaknya.

NFDP harapan Malaysia?

Kali terakhir Malaysia menurunkan pasukan bola sepaknya ialah pada Olimpik 1972 di Munich. Harus diingat, Sukan Olimpik hanya membenarkan skuad majoriti bawah-23 tahun sahaja bertanding dalam acara lelaki.

Tetapi, maksimum 3 pemain senior didaftarkan untuk beraksi dalam Sukan Olimpik.

Acara wanita pula menyaksikan tiada had umur ditetapkan.

NFDP boleh menyasarkan untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 dan 2028. Rasanya, adik-adik kita yang lahir selepas pada 2001 boleh dilatih dan dibentuk untuk layak ke Paris dan Los Angeles.

NFDP Fasa 2 akan bermula 2021 setelah NFDP Fasa 1 tamat pada 2020. Fasa 2 boleh dianggap lanjutan kepada NFDP Fasa 1 sekiranya ia masih diteruskan.

Buku NFDP yang boleh dibaca di pautan: http://www.planetbola.my/ktkl_pelan_pembangunan.html

Kepada pihak berkaitan, bentukkan pasukan anda dan mantapkan apa yang perlu. Pastikan Malaysia sentiasa menjadi ‘regular’ dalam saingan Piala Asia Bawah-23.

Bukan apa, Piala Asia Bawah-23 merupakan laluan ke Sukan Olimpik! Sebagaimana Olimpik 2016, Jepun, Korea Selatan dan Iraq layak melalui Piala Asia Bawah-23.

Cuma tidak pasti adakah Piala Dunia Bawah-23 edisi manakah yang akan memberikan slot ke Olimpik 2020, 2024 dan 2028. Sudah pasti AFC sudah ada jawapannya.

Penutup

Pengisytiharan rasmi Paris sebagai hos Sukan Olimpik 2024 akan dibuat pada September hadapan. Begitu juga denganLos Angeles yang akan dimasyhurkan sebagai hos 2028.

Tidak sabar nak lihat bendera Malaysia berkibar di Parc de Princes dalam acara bola sepak 2024!

Sumber:

  1. Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara Fasa 1: 2014-2020; http://www.planetbola.my/ppbn_book_bm.pdf
  2. Regulations for The Olympic Football Tournaments; Games of the XXXI Olympiad Rio de Janeiro 2016; https://resources.fifa.com/mm/document/tournament/competition/02/54/40/46/oftsregulationsrio2016-e_neutral.pdf
  3. The New York Times (2017); Los Angeles Makes Deal to Host the 2028 Summer Olympic: https://www.nytimes.com/2017/07/31/sports/olympics/los-angeles-2028-summer-olympics.html
  4. Inside The Games (2017); Los Angeles Agree to host 2028 Olympics as Paris get 2024: http://www.insidethegames.biz/articles/1053489/los-angeles-agree-to-host-2028-olympics-as-paris-get-2024

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN