Kini, segalanya sudah pun selesai.
Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengalami sedikit kesulitan apabila mereka tidak menjelaskan tunggakan gaji 5 individu yang pernah bertugas dengan mereka.
5 individu tersebut merupakan bekas jurulatih yang berkhidmat dengan badan induk bola sepak negara itu.
Kesemua 5 bekas jurulatih itu adalah:
- Hassan Sazali Waras
- Reuben Jude
- Aminuddin Hussin
- Megat Amir Faisal Ibrahim
- Mashidee Sulaiman
Terbaru, pihak FAM menerusi laman rasmi mereka di Facebook telah mengesahkan yang isu tunggakan gaji ini tidak lagi menjadi menjadi perkara rumit antara kedua-dua pihak.
Hal ini kerana, pihak FAM telah melakukan pertemuan dengan 5 individu tersebut bagi menyelesaikan perkara yang melanda ini.
Hasilnya positif apabila isu ini berjaya diselesaikan dengan baik tanpa perlu dipanjangkan lagi hal ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pertemuan itu telah pun mendapatkan lampu hijau dari Presiden FAM.
Malah, Presiden FAM sendiri menzahirkan rasa gembira diatas penyelesaian isu yang melibatkan 2 pihak ini.
Semoga tiada lagi masalah tunggakan gaji dalam bola sepak Malaysia.