Perjalanan Portugal untuk menjadi juara EURO 2016 bukannya mudah, mereka perlu mengharungi beberapa lawan sukar untuk mara ke perlawanan akhir dan menjadi juara.
Salah satu lawan sukar mereka adalah Poland, perlawanan yang diharungi mereka itu terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.
Mengambil sepakan penalti bukannya mudah dan tak semua pemain mempunyai keyakinan untuk mengambilnya.
Ketika EURO 2016, Cristiano Ronaldo telah menunjukkan kualiti beliau sebagai kapten apabila memberikan dorongan yang cukup baik kepada Joao Moutinho yang gerun untuk melakukannya.
Siapa kata Cristiano Ronaldo tak boleh jadi kapten?