James Rodriguez Sah Bercerai Dengan Isterinya, Daniela Ospina

James Rodriguez melalui musim panas yang hampir sempurna apabila berjaya mengesahkan perpindahan beliau ke Bayern Munich.

Namun musim panas ini juga merupakan pengalaman paling teruk buat pemain antarabangsa Columbia itu apabila laporan di negaranya memberitakan kisah penceraiannya.

Bekas pemain Real Madrid berusia 26 tahun ini dilaporkan bercerai dengan isterinya, Daniela Ospina yang juga merupakan adik kepada penjaga gol Arsenal, David Ospina.

Photo by Fotonoticias/WireImage)

Kisah penceraian tersebut disahkan beberapa minggu selepas James melengkapkan perpindahan beliau ke Bayern Munich secara pinjaman selama 2 tahun daripada Real Madrid.

Menurut laporan sebuah stesen radio Caracol di Columbia, pasangan itu membuat keputusan untuk menamatkan hubungan perkahwinan mereka selama 6 tahun kerana merasa haluan mereka tidak lagi sama.

Laporan itu turut menyebut kediaman mereka di Medelin telah dijual manakala satu lagi unit hartanah di Miami telah menjadi milik Daniela.

Daniela turut akan mengambil hak penjagaan cahaya mata perempuan milik pasangan tersebut yang berusia 4 tahun.

Keretakan perhubungan pasangan ini mulai dihidu selepas Daniela tidak kelihatan ketika James Rodriguez diperkenalkan sebagai pemain Bayern Munich.

(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Daniela kemudiannya mengesahkan khabar angin itu melalui akaun Instagram miliknya, mengatakan beliau dan James berpisah dengan cara baik, dan keutamaan ialah kepada kebajikan anak perempuan mereka.

Di dalam gambar di Instagram tersebut, Daniela turut memuatkan kata-kata: “Daniela Ospina dan James Rodriguez, ibu bapa kepada Salome Rodriguez Ospina, mengesahkan berpisah dari perkahwinan yang berusia 6 tahun setengah”

James Rodriguez menyertai Real Madrid daripada Monaco pada musim panas 2014 selepas melalui kempen Piala Dunia yang menakjubkan.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Bagaimanapun, James mendapati kehidupan di Madrid agak sukar dan beliau bukanlah pilihan utama kesebelasan utama Real Madrid yang dibarisi oleh deretan pemain bintang.

Keputusan menyertai Bayern Munich diambil untuk memastikan dirinya mempunyai lebih banyak peluang untuk beraksi.

Sumber:

1. Jake Lambourne, The Sun (2017): Bayern Munich midfielder James Rodriguez divorces his wife, sister of Arsenal’s star goalkeeper David Ospina; https://www.thesun.co.uk/sport/football/4114300/bayern-munich-james-rodriguez-divorces-daniela-ospina/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN