Barcelona Bakal Bida €100 Juta Untuk Coutinho, Yakin Liverpool Terima Tawaran

Barcelona semakin yakin mereka mampu mendapatkan perancang tengah Brazil Philippe Coutinho dari Liverpool, terutama jika Neymar mengambil keputusan untuk meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini.

Gergasi bola sepak Catalan itu berpendapat Liverpool sukar untuk menolak tawaran yang dilaporkan sekitar £89 juta (€100 juta).

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Barcelona percaya bahawa walaupun Coutinho menyayangi Liverpool, ia adalah sukar untuk seorang pemain dari Brazil untuk menolak peluang beraksi di Nou Camp.

Buat masa ini pendirian Liverpool tidak berubah. Kem Liverpool di Anfield tetap bertegas Coutinho bukan untuk dijual.

Liverpool punyai kelebihan dalam penjualan Coutinho. Pemain berjersi No.10 Liverpool itu baru sahaja menandatangani kontrak selama 5 tahun pada Januari lalu.

Media melaporkan Liverpool telah menolak tawaran bernilai £72 juta dari kelab Catalan tersebut, namun ia tidak menghalang Barcelona untuk kembali dengan nilai bidaan yang lebih tinggi.

Barcelona tidak pasti akan situasi Neymar yang kelihatan berminat untuk menyertai Paris Saint-Germain.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Bagaimanapun, pemain Brazil tersebut turut menyertai skuad Barcelona untuk jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Philippe Coutinho merupakan produk akademi Vasco da Gama di Brazil. Coutinho menyertai Inter Milan pada 2008 melibatkan yuran perpindahan bernilai sekitar €4 juta.

Walaupun dibeli oleh Inter Milan pada 2008, Coutinho hanya menyertai gergasi Milan itu pada tahun 2010 apabila usianya menjangkau 18 tahun.

Coutinho turut dipinjamkan ke Espanyol pada musim 2012-2013 apabila gagal mendapat tempat untuk beraksi secara kerap di San Siro.

Pemain antarabangsa Brazil ini akhirnya menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan sekitar £8.5 juta pada musim 2013-2014 dari Inter Milan.

(Photo by Ricardo Botelho/LatinContent/Getty Images)

Sejak dari itu Coutinho telah menjadi anatara pemain tumpuan di dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Barcelona berpendapat Coutinho adalah pengganti yang tepat untuk Neymar, jika rakan sepasukan skuad kebangsaan Brazil Coutinho itu mengambil keputusan untuk ke Ligue 1 pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sumber:

1. Joe Prince-Wright, NBC Spoerts (2017): Barcelona “confident” of signing Philippe Coutinho; http://soccer.nbcsports.com/2017/07/26/barcelona-confident-of-signing-philippe-coutinho/

2. James Walters, Daily Star (2017): Barcelona confident of landing Liverpool star Philippe Coutinho: £89m bid readied – report; http://www.dailystar.co.uk/sport/football/632788/Philippe-Coutinho-Barcelona-confident-Liverpool-89m-bid-Jurgen-Klopp-rumours-gossip-news

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN