Analisis Taktikal: Pahang Menjadikan Ashaari Sebagai Hub Kreativiti, Melaka Lemah

Perlawanan Liga Super di antara Pahang dan Melaka pada 22/7/2017 berakhir dengan kemenangan 2-0 pasukan Pahang.

Permulaan

Pahang turun dengan formasi 4-4-1-1, manakala Melaka menggunakan sistem 4-2-3-1.

Sistem pertahanan Melaka longgar

Melaka gagal untuk mengekang asakan Pahang dengan lebih efektif. Mereka tidak kompak ketika bertahan. Kerap berlaku kekeliruan di antara pemain untuk mengejar pemain Pahang, siapa nak kejar?

Lihat struktur ini, memang bek berempat mengecilkan parameter mereka tetapi secara unit ini masih dikira tidak kompak dari aspek bertahan secara pasukan. Masih banyak ruang di hadapan barisan pertahanan akhir.

Pertahanan mereka gagal disusun dengan sistematik. Punca gol pertama adalah kerana mereka memberikan ruang yang selesa kepada Ashaari Shamsuddin.

Sistem mereka yang terlalu cepat untuk turun terlalu ke bawah sebenarnya telah memberikan lebih ruang untuk pemain Pahang memanipulasi zon 14. Zon di mana pemain yang ada kemampuan melakukan jaringan jarak jauh melakukan kerja mereka.

Seterusnya adalah isu menangani serangan balas. Melaka tidak efektif dalam melakukan larian untuk recovery. Pemain tidak jelas dengan apa yang harus mereka lakukan.

Adakah mereka harus terus mengundur? Kekal di posisi? Keluar awal dari garisan pertahanan? Ini adalah punca gol Sumareh. Pemain tidak mampu menutup garis hantaran (passing lane)

Ashaari Shamsuddin hub kreatitivi Pahang

Dari awal, Ashaari menjadi titik fokal di bahagian atas. Malangnya jurulatih Melaka seakan-akan tiada arahan taktikal untuk menghentikannya.

Ashaari diberikan ruang terlalu selesa di hujung kotak penalti di half-space. Ini adalah posisi dominan Ashaari di dalam pelawanan ini.

Dalam posisi di atas, Melaka tidak ada sistem ataupun pemain yang menghentikan ancaman ini. Ashaari berkali-kali mencipta peluang, melakukan larian penetrasi dan juga melakukan cubaan gol.

Lihat bagaimana Ashaari efektif membentuk satu garis hubungan secara taktikal dengan posisi beliau.

Pelan serangan Pahang

Pahang banyak bergantung kepada kelajuan Sumareh di bahagian kanan. Alves bermain dalam sistem yang lebih terapung (floating) dan beliau tidak terlalu statik menunggu bola di dalam kotak penalti.

Seperti yang dijelaskan di atas, Ashaari Shamsuddin antara titik penting untuk mereka melakukan pertukaran arah dan pusat serangan.

Wan Zaharulnizam juga ditolak ke half-space. Di bahagian kiri, Pahang boleh dikira tanpa pemain sayap serangan ataupun ‘wingerless system’.

Sistem ini efektif namun mereka ada isu dengan pemain yang teragak-agak (indecisive). Wan Zaharulnizam dan Faizal Halim antara 2 pemain yang ada simptom terlalu banyak sentuhan pada bola pada momen mereka harus melakukan penyudah.

Kepantasan dan juga struktur pertahanan Melaka yang mudah terpecah membolehkan Pahang sentiasa mencetuskan kemungkinan di dalam perlawanan ini.

Sistem serangan Melaka

‘Isolated’ ataupun tidak terhubung! Itulah yang boleh saya katakan. Simic terpaksa turun ke bawah untuk mengutip bola kerana servis yang lemah kepada beliau yang bermain ‘target man’.

Pada awal separuh masa kedua, mereka kelihatan lebih baik. Namun secara keseluruhannya sistem yang terputus ini gagal mereka perbaiki dari awal sehingga ke akhir perlawanan.

Melaka mencipta beberapa peluang di dalam perlawanan ini terutama sekali dari situasi pergelutan. Namun penyudah mereka sangat lemah.

Satu lagi masalah Melaka adalah lemah untuk bermain di garisan pertahanan akhir lawan. Pemain kerap ofsaid dengan terlalu mudah.

Mereka ada pemain sayap yang laju tetapi kurang kreativiti dan agak direct & predictable. 

Masalah kreativiti ini bukan masalah baru untuk pasukan Melaka. Ianya berlaku sejak awal musim ini.

Penilaian

Pahang bukanlah bermain dalam prestasi terbaik. Namun Melaka memudahkan tugasan mereka. Jika Pahang lebih efektif, mereka boleh mendapat lebih banyak gol.

Melaka harus memperbaiki isu pembentukan pasukan. Jelas mereka bergelut dengan pembentukan pasukan utama selepas rombakan major termasuk jurulatih tempoh hari.

Pahang adalah pasukan yang lebih baik dan selayaknya memenangi perlawanan pada malam semalam.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Sumareh (Pahang)

Sumareh – Foto: Asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN