Dollah Salleh Digantung FAM, Dikenakan Hukuman Gantung 18 Bulan

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh dikenakan hukuman oleh FAM kerana melanggar peraturan badan induk itu.

Menerusi siaran media mereka, Dollah dihukum kerana melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM dengan dibaca dengan Artikel 88.

Ia merupakan kesalahan yang dimana Dollah telah mengeluarkan kenyataan negatif terhadap FAM dihadapan media secara terus atau inuendo serta memberi kesan buruk kepada FAM.

Dollah juga disabit kesalahan kerana mengecam urusan pentadbiran FAM dan Liga Malaysia ketika perlawanan FELDA United menentang Pahang pada 1 Julai 2017.

Oleh itu, Dollah digantung selama 18 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak anjuran FAM dengan denda sebanyak RM30 ribu.

Akan tetapi, Dollah digantung dengan 2 fasa iaitu fasa pertama hukuman bermula pada 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018 dan fasa kedua hukuman bermula pada 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019.

Hukuman boleh dirayu dengan baki 9 bulan kedua akan ditangguh bergantung kepada kelakuan baik Dollah.

Jika terdapat kesalahan berulang, hukuman 9 bulan kedua itu akan diteruskan serta merta.

Selain itu, terdapat beberapa lagi individu yang turut dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Antaranya adalah bintang FELDA United, Zah Rahan Krangar.

Berlaku pada perlawanan yang sama, Zah Rahan disabit hukuman kerana meludah pemain lawan menerusi Artikel 50.1(e) dan dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM.

Hasilnya, beliau dihukum gantung 6 perlawanan serta denda RM1 ribu.

Akan tetapi, beliau sudah dikira gantung 2 perlawanan selepas menjalani pergantungan ketika menentang Sarawak (11 Julai 2017) dan Perak (22 Julai 2017).

Baki penggantungan 4 perlawanan akan dijalankan selepas menerima rayuan pemain tersebut dan kelakuan baik Zah Rahan.

Selain itu 4 lagi individu turut mendapat penghakiman dari FAM, mereka adalah:

  • Aizzat Koty – Skuad Presiden PKNP FC (Bertindak menendang paha pemain dengan sengaja ketika perlawanan menentang skuad Presiden PKNS FC – digantung 2 perlawanan dan denda RM3 ribu)
  • Hafiz Noor – Skuad Presiden PKNS FC (Menumbuk pemain skuad Presiden PKNP FC di bahu kiri – digantung 2 perlawanan dan denda 3 ribu)
  • Zamri Arif – Jurulatih penjaga gol PKNP FC (berlaku kasar terhadap pemain lawan dan mereka yang selain daripada pegawai perlawanan – tuduhan digugurkan)
  • Ashazar Yahya – Jurulatih penjaga gol PKNS FC (berlaku kasar terhadap pemain lawan dan mereka yang selain daripada pegawai perlawanan – tuduhan digugurkan)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN