Nampaknya urusan perpindahan telah pun lengkap dan terlaksana!
2 kelab Premier League, Chelsea dan juga Liverpool telah berjaya mendapatkan pemain yang disasarkan mereka sebelum ini.
Chelsea akhirnya telah pun melengkapkan perpindahan bagi pemain Real Madrid iaitu Alvaro Morata.
Morata yang sering menjadi pilihan kedua di belakang Karim Benzema di bahagian serangan menyertai juara Premier League itu dengan jumlah perpindahan yang cukup besar iaitu £70 juta.
Perpindahan Morata juga melibatkan kontrak jangka panjang iaitu selama 5 tahun.
Morata akan menyertai skuad Chelsea yang kini berada di Asia untuk latihan pra-musim.
Liverpool berjaya mendapatkan pertahanan Scotland iaitu Andrew Robertson dengan nilai perpindahan sebanyak £10 juta.
Apa yang menarik, Liverpool mengikat pertahanan kiri tersebut untuk jangka masa panjang dengan tempoh kontrak tidak didedahkan.
Walaupun begitu, Liverpool telah melepaskan pemain Kevin Stewart sebagai ganti kepada pembelian Robertson.
Stewart dilepaskan dengan jumlah perpindahan yang hampir sama ke Hull City tetapi dengan kontrak lazim selama 3 tahun.
Semoga berjaya buat Morata dan Robertson di kelab baharu masing-masing.
Sumber:
- BBC Sport (2017): Andrew Robertson: Liverpool sign defender from Hull City for £10m; http://www.bbc.com/sport/football/40666486
- Chelsea (2017): Morata is a Blue; http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/07/morata-is-a-blue.html