Mourinho Mahu Beli Satu Lagi Pemain, Mengaku Tak Minat Dengan Morata

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengatakan pasukannya perlu mendapatkan 1 lagi pemain untuk menguatkan lagi pasukan mereka.

Beliau pada mulanya mahu dapatkan beberapa buah pemain lagi, tetapi pelan itu terpaksa disingkatkan kepada 1 sahaja selepas beliau merasakan kelab tidak mampu untuk berbelanja lebih.

“Kami tidak bersedia untuk jadi kelab yang bayar berapa sahaja nilai yang dimahukan oleh kelab lain.”

Kata-kata Mourinho itu merujuk kepada trend kelab-kelab utama di Premier League dan juga kelab utama Eropah yang lain membayar sejumlah harga yang besar untuk pemain yang hebat tetapi tidak cemerlang.

“Dulu saya selalu bayar harga tinggi untuk seorang pemain yang cemerlang. Kini, kelab-kelab bayar harga tinggi untuk pemain hebat sahaja, bukan cemerlang.”

Setakat ini, Manchester United sudah mendapatkan Romelu Lukaku dan Victor Lindelof dan Mourinho mahukan 1 lagi pemain menyertai kelabnya.

(Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

Akan tetapi, tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai itu.

Dalam masa yang sama, Mourinho juga mengakui tidak minat dengan apa yang berlaku dengan Alvaro Morata.

Morata dikatakan bakal melengkapkan perpindahan beliau ke Chelsea walaupun sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

“Saya tak kisah dengan apa yang Chelsea lakukan sekarang.”

“Adalah jelas mereka akan beli penyerang baharu disebabkan apa yang berlaku diantara Conte dan Costa baru-baru ini.”

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Man Utd: Jose Mourinho wants to sign one more player in ‘difficult’ transfer market; http://www.bbc.com/sport/football/40665719

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN