La Salida Lavolpiana adalah satu terma yang merujuk kepada perubahan struktur bek berempat menjadi bek bertiga ketika dalam fasa membina serangan pasukan.
Sistem ini diasaskan oleh Ricardo La Volpe, bekas penjaga gol Argentina era 70-an. Ketika era kegemilangan beliau, La Volpe bermain dalam sistem ini. Namun ia kurang sistematik.
Selepas menjadi jurulatih, beliau membentuk dan memperbaiki sistem ini dengan lebih baik.
Pep Guardiola antara jurulatih yang tertarik dengan corak taktikal ini dan menggelar sistem ini sebagai La Salida Lavolpiana.
Sistem ini adalah berasaskan perubahan struktur kepada bek bertiga. Untuk sistem bek bertiga dengan libeiro, ia secara langsung memang sudah ada sistem bek bertiga serta 2 bek sayap. Jadi, perubahan secara drastik La Salida Valopiana tidak diperlukan.
Untuk sistem bek berempat, pemain no.6 ataupun tengah pertahanan akan menjadi bek separa (half-back). Itulah sebab Guardiola menjadikan Busquet sebagai pemain penting dalam model asas taktikal beliau.
Dalam sistem Guardiola, ia lebih sistematik dan skematik. Tujuan utama sistem ini adalah mewujudkan kelebihan ‘numerical’ di tengah dan juga serangan.
2 bek sisi akan ditolak ke atas dan keluar dari rantaian berempat sekurang-kuragnya selari dengan garisan pemain tengah. Lantas membiarkan 2 bek tengah ‘hidup’ sendiri di belakang.
Prinsipnya, kenapa perlu ramai pemain pertahanan jika pasukan lawan sudah berundur bertahan?
Bek tengah ini akan menerima unsur baru di dalam rantaian pertahanan akhir iaitu bek separa. Sebagai contoh, formasi 4-3-3/4-1-4-1 akan ditransformasi kepada 3-4-3, formasi 4-2-3-1 pula akan bertukar kepada 3-3-3-1.
Jom lihat sistem Jurgen Klopp musim 2016/17 di Liverpool.
1. Ini adalah asas formasi
2. Ini adalah ketika transisi kepada serangan
Anda boleh saksikan bagaimana Henderson masuk di antara 2 bek tengah dan 2 bek sisi ditolak ke atas.
Ini adalah contoh daripada salah satu perlawanan melibatkan Mexico, antara negara terawal menggunakan sistem ini.
Dalam keadaan di atas ini, penjaga gol mendapat sokongan dari 2 sisi dan bahagian hadapan untuk memulakan gerakan serangan dengan bola rendah.
Saksikan salah satu contoh di mana pemain tengah menjadi bek separa dalam sistem Salida Valopiana ini.
Orientasi La Salida Lavolpiana adalah untuk mengalirkan boleh dari bawah dengan berasaskan pivot yang menjadi bek ketiga.
Di Malaysia, Tan Cheng Hoe antara jurulatih yang terawal menggunakan sistem ini dengan meletakkan Amirul Hisyam sebagai no.6 moden yang bertukar menjadi bek separa apabila fasa serangan.
Ini antara contoh pengurusan takikal Tan Cheng Hoe dengan menggunakan sistem La Salida Valopiana di Kedah.
Baca juga: Falsafah Tahttps://semuanyabola.com/falsafah-tan-cheng-hoe-kedah/ktikal Tan Cheng Hoe Di Kedah
Sistem yang sama digunakan Mora kepada Afiq Fazail musim ini di dalam pasukan JDT. Sistem yang terus dikekalkan oleh Morais.
La Salida Valopiana sebagai taktikal ofensif
Taktik untuk mewujudkan kelebihan secara kuantiti (numerical) Taktikal ini nampak mudah secara teori dan di mulut. Namun aplikasinya tidak semudah yang disangka.
Antara perkara yang paling penting adalah sudut pandangan dan visi pemain. Pemain perlu ada sisi pandangan (sight) yang sentiasa peka kepada strutktur pasukan sertai tekanan daripada pihak lawan.
Pemain di tengah akan memiliki ‘numerical superiority’. Namun di belakang, struktur pertahanan adalah sangat kecil (thin).
Dalam membina serangan, pemain harus tahu cara untuk berada dan membentuk garisan hantaran (passing lane).
Jika passing lane ini berterabur, pasukan mereka dalam masalah untuk mengalirkan hantaran bola. Ini akan meletakkan mereka dalam risiko dirampas bola di kawasan tengah dan pihak lawan terus sampai ke kotak penalti.
Ini antara contoh apabila ‘passing lane’ Spurs ditekan (pressed) oleh Manchester City. Guardiola adalah pemegang falasfah ‘counterpressing’ yang menekan/mentutup garisan hantara / ‘passing lane’.
Seterusnya, adalah jarak di antara pemain. Para pemain harus tahu saiz ‘padang’ yang sesuai untuk mereka buka. Saiz padang di sini bukanlah bermaksud saiz padang bola sepak.
Sebaliknya merujuk bukaan jarak saiz padang berdasarkan taktikal mereka sama ada jarak luas ataupun kecil. Baca kenyataan Ramon Marcote ini ketika beliau mengkritik ‘saiz padang’ pasukan Kedah dalam final Piala FA yang lalu.
Jadi, pemain perlu diberikan arahan taktikal dan pemahaman komprehensif, apa jarak dan saiz padang yang perlu mereka bentuk berdasarkan struktur dan tekanan dari pasukan lawan mereka.
Seterusnya adalah, pemain pertahanan haruslah selesa dengan dengan bola. Jika tidak, ia akan membuatkan taktikal ini gagal digunakan sebaiknya untuk menggerakkan serangan dengan hantaran rendah dari penjaga gol.
2 pemain tengah menyerang haruslah rajin turun naik untuk memastikan ada titik hubungan di antara barisan belakang dan hadapan.
Salah satu bahagian yang menjadi sasaran apabila memiliki unit yang ramai di tengah dan serangan adalah bahagian separa ruang ataupun half-space.
Ini kerana di bahagian sisi, sudah ada pemain bek sisi yang berada di garisan tinggi. Jika pemain sayap tidak masuk ke half-space, ia akan mewujudkan kesesakan (congestion) di bahagian sayap.
Rumusan
Sistem ini adalah asas yang paling penting dan menjadi kegemaran ramai jurulatih terutama sekali pemegang falsafah moden, Bielsa dan ala Guardiola.
Salah satu syarat asas sudah pastilah memiliki no.6 yang ada kefahaman tugas mereka dalam sistem ini.
Sistem ini memerlukan latihan taktikal yang secukupnya. Seterusnya, pemain harus rajin dan sentiasa bergerak serta membentuk sokongan kepada pemain yang membawa bola.
Risiko taktikal ini adalah counter-pressing. Anda masih ingat bagaimana Spurs tewas di tangan Liverpool kerana counter-pressing musim lalu?
Ini antara keadaan di mana sistem ini dalam keadaan terancam.
Apa yang perlu dilakukan pemain adalah sama ada menghantar bola kepada penjaga gol untuk memulakan kembali ataupun melakukan hantaran jauh terus ke blok serangan akhir.