Ali Al-Habsi Sertai Al-Hilal FC Selepas 11 Tahun Berkelana Di Liga Inggeris

Penjaga gol antarabangsa Oman, Ali Al-Habsi menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal daripada Reading selepas berkelana selama 11 tahun di Liga Inggeris.

Al-Habsi dilaporkan menyertai Al Hilal dengan kontrak selama 3 tahun. Beliau merupakan penjaga gol pertama dari rantau teluk yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sumber: Twitter Ali Al-Habsi.

Al-Habsi merupakan penjaga gol simpanan, di belakang Jussi Jaaskelainen di Bolton Wanderers sebelum menyertai Wigan secara pinjaman pada 2011.

5 tahun bersama Wigan, pencapaian terbaik yang pasti tidak akan dilupakan oleh Al-Habsi semestinya ialah pada musim 2012-2013 apabila beliau membantu Wigan muncul juara Piala FA pada tahun 2013.

Wigan menewaskan Manchester City dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley pada musim 2012-2013.

Al-Habsi menulis di akaun twitter milik beliau:

“Hari ini secara rasminya saya telah menyertai Al Hilal FC, salah satu kelab terhebat di Arab Saudi dan di rantau Asia.”

“Ia adalah keputusan yang sukar selepas melalui 2 tahun yang hebat bersama Reading. Saya merasakan Reading seperti rumah saya sendiri dengan kehadiran sahabat handai, keluarga dan rakan sepasukan.”

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

“Tidak ada sesiapa yang boleh membayangkan sokongan dan kasih sayang yang saya telah terima daripada penyokong dan pengurusan kelab ketika bersama Reading.”

“Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan untuk beraksi bersama Reading dan di Liga Inggeris.”

“Saya pasti Reading akan melalui kempen yang hebat pada musim hadapan terutama dengan kehadiran pengurus hebat seperti Jaap Stam.”

“Saya yakin Reading akan melakukan sebaik mungkin untuk mengejar keputusan yang sebaik mungkin pada saingan musim hadapan.”

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images

Ali Al-Habsi hanya dibenarkan untuk menyertai Al-Hilal- juara Asia dua kali , selepas Liga Bola Sepak Arab Saudi mengubah peraturan membenarkan kelab yang bersaing untuk mendaftarkan penjaga gol asing.

Al-Habsi merupakan Pemain Terbaik Tahunan kelab Reading bagi kempen 2016-2017.

Beliau dijangka akan beraksi dalam perlawanan kompetitif pertamanya bersama Al-Hilal dalam saingan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia menentang wakil Iran yang berpengkalan di Riyadh, Persepolis.

Selamat maju jaya Ali Al-Habsi!

Sumber:

1. BBC Sports (2017): Ali Al-Habsi: Reading goalkeeper joins Saudi club Al-Hilal on three-year contract; http://www.bbc.com/sport/football/40630572

2. Simon Jones, Daily Mail (2017): Reading goalkeeper Ali Al-Habsi joins Saudi Arabia side Al Hilal to bring 11-year stay in English football to an end; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4702640/Reading-goalkeeper-Ali-Al-Habsi-joins-Al-Hilal.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN