Bekas penjaga gawang utama Three Lions, Paul Robinson telah mengumumkan untuk bersara dari kancah bola sepak. Beliau pernah beraksi bersama Leeds United dan Tottenham Hotspur.
Selain itu, beliau beraksi juga bersama Blackburn Rovers sebelum menyertai seteru pahit Rovers, Burnley.
Detik manis
Paul Robinson menjadi sebutan ketika skuad Leeds menjadi sebuah pasukan yang digeruni pada awal 2000-an. Mereka menjadi pasukan yang mara ke saingan UEFA Champions League pada musim 2000-01.
Nama Paul Robinson juga menjadi sebutan kerana pernah menjaringkan dua gol yang menarik dalam karier beliau. Satu gol dihasilkan melalui tandukan ketika Leeds menentang Swindon dalam League Cup 2003-04.
Gol itu membantu menyelamatkan Leeds United pada ketika itu. Beliau juga memainkan peranan penting ketika penentuan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut. Leeds mara ke pusingan seterusnya setelah Robinson berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti.
Gol kedua
Gol kedua Paul dijaringkan dalam saingan Premier League ketika beliau mewakili Tottenham Hostpur. Pada perlawanan itu menyaksikan beliau menyepak bola yang melambung ke udara.
Penjaga gol lawan, Ben Foster gagal menyelamatkan bola itu. Gol itu akan dikenang sebagai salah satu gol yang bersejarah dalam Spurs.
Paul pernah merangkul kejuaraan League Cup bersama kelab London itu.
Bersama Three Lions
Dek kehebatan menjaga gol, beliau diberi tugasan menjaga gawang pasukan England. Beliau menggalas tugasan bersama skuad itu ketika Piala Dunia 2006.
Beliau juga pasti akan dikenang sebagai salah seorang ahli skuad England ketika itu. Mereka tewas kepada Portugal dalam saingan suku akhir.
Selamat bersara, Paul!
Sumber:
1. BBC (2003): Robinson inspires Leeds; http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/3125082.stm
2. 11v11.com (2000): Leeds United vs Barcelona; https://www.11v11.com/matches/leeds-united-v-barcelona-24-october-2000-2346/